Ads

Monday, January 14, 2013

Maxis, Digi dan U Mobile Menambah Koleksi Smartphone Untuk Rebat RM200 Dibawah Pakej Komunikasi Belia



Setelah diumumkan tiada lagi had harga kepada smartphone yang layak menerima rebat RM 200 dibawah Pakej Komunikasi Belia, kini telco semakin rancak menawarkan pelbagai jenis smartphone dari kesemua julad harga termasuk Samsung Galaxy Y dan HTC One X. Walaupun syarat dikenakan dimana pembeli dibawah skim ini perlu melanggan pakej internet, namun pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan pakej prepaid tanpa terikat dengan mana-mana kontrak.

Digi cuma menawarkan 2 model bagi prepaid iaitu Galaxy Y dan HTC One X. Untuk pospaid, Digi mempunyai pilihan yang paling banyak setakat ini. Pengguna yang layak dan telah mendaftar dengan SKMM boleh memilih mana-mana smartphone yang terdapat di Digi Online Store dengan harga diskaun selepas rebat. Pembelian harus dilakukan di Digi Store terdekat bersama-sama DG SmartPlan.



Bagi Maxis pula, beberapa model telah ditambah ke senarai smartphone mereka. Seperti pada gambar dibawah yang diambil dari website Maxis, pengguna juga mempunyai pilihan sama ada prepaid Hotlink atau postpaid iValue, SurfMore dan TalkMore. U Mobile juga tidak ketinggalan dengan menawarkan 17 pilihan smartphone. Pengguna yang membeli pada harga selepas rebat juga akan mendapat Prepaid Starter Pack U Mobile secara percuma. Senarai smartphone yang ditawarkan oleh U Mobile boleh dilihat dibawah.

Celcom pula nampaknya kurang berminat untuk pakej ini. Cuma satu model iaitu Samsung Galaxy Y sahaja ditawarkan melalui pakej ini. Harga seunit berbeza mengikut pakej yang ditawarkan iaitu RM68 hingga RM8 seunit. Tiada pilihan prepaid bagi Celcom.






[Digi] [U Mobile] [Maxis/Hotlink] [Celcom]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow kami...