Ads

Sunday, February 24, 2013

Gambar Nokia Lumia 520 dan 720 Tersebar Sebelum Pelancaran


Dua model Nokia Lumia yang dijangka akan dilancarakan pada MWC 2013 yang bermula hari ini kini sudah membuat penampilan awal dengan gambar leak sebelum dilancarkan secara rasmi. Nokia Lumia 520 adalah model low end dan Lumia 720 dengan spec mid-range. Kedua-dua model ini menggunakan versi terbaru Windows Phone 8.

Seperti model Nokia yang lain, kedua-dua model ini datang dengan beberapa pilihan warna yang terang dan menarik. Lumia 520 dilengkapkan dengan skrin bersaiz 4 inci, RAM 512GB dan processor dual-core 1GHz dan kamera 5-megapixel tanpa kamera depan. Lumia 720 pula dengan spec yang lebih baik dengan kamera belakang 6-megapixel dan kamera depan 2-megapixel.

Apabila 2 model ini dilancarkan nanti, siri Windows Phone 8 Nokia akan lengkap dengan model Lumia 520 dan 620 di pasaran low-end, 720 dan 820 dalam kategori mid-range dan Lumia 920 sebagai model high end dan kekal sebagai flagship Nokia. Lihat foto-foto Lumia 520 dan 720 yang tersebar dibawah.


Lumia 520



 

Lumia 720




[Sumber] [Via]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow kami...