Sabtu, 12 Julai 2014

Review: Asus Zenfone 5


ASUS Zenfone 5 dilancarkan pada Januari lalu di acara CES 2014 bersama-sama Zenfone 4 dan Zenfone 6. Berada ditengah-tengah antara 3 beradik ini, Zenfone 5 menjanjikan pengalaman smartphone yang premium pada harga mampu milik.

Hari ini terdapat 3 varian berbeza bagi Zenfone 5 yang diklasifikasikan sebagai low, medium dan high. Pada awalnya Asus Malaysia membawa membawa varian low dan terbaru Asus membawakan varian medium ke pasaran tempatan pada harga disyorkan RM599 seunit. Varian high setakat ini belum dibawa masuk secara rasmi namun set AP boleh didapati di pengimport tidak rasmi seperti DirectD dan 1 Gadget.
Yang ada di tangan kami hari ini adalah set original Asus Malaysia dari varian medium yang dilengkapkan dengan processor 1.6 GHz Intel Atom Z2560 dan RAM 2GB. Set berwarna putih ini didatangkan dengan kotak juga berwarna putih. Ia, warna kotak Zenfone adalah berdasarkan warna cover belakang Zenfone didalamnya.

Zenfone 5 didatangkan bersama-sama charger 3-pin 1.35A berserta kabel USB, earphone bersama-sama earbud tambahan, dan juga kad waranti.


Rekaan dan binaan

Pertama kali memegang Zenfone 5 pastinya tidak menyangka ia adalah model berharga dibawah RM600. Binaannya kukuh dan rekaannya menarik. Bahagian depan Zenfone 5 didominasi oleh skrin IPS 720p bersaiz 5 inci. Di bahagian bawah panel depan ini dihiasi dengan plat aluminium bercorak circular yang identik Asus.



Namun bezel yang agak tebal membuatkan Zenfone 5 bersaiz lebih besar berbanding smartphone lain yang juga hadir dengan skrin 5 inci. Luas permukaannya 4% lebih besar berbanding HTC One (M8) dan 13% berbanding Samsung Galaxy S4 dimana ketiga-tiga model ini mempunyai skrin bersaiz 5 inci.

Dibawah skrin terdapat 3 button navigasi iaitu back, home dan recent. Yang tidak menariknya ketiga-tiga button ini tidak bercahaya bermakna ia tidak akan kelihatan ketika anda menggunakannya didalam gelam. Jadi sebagai pemilik, pastikan anda menghafal kedudukan ketiga-tiga button ini sebelum menggunakannya didalam gelap. Sama kes seperti Huawei Honor 3C dan Xiaomi Redmi 1S yang juga berada pada segmen harga yang sama.

Lagi perkara yang kurang menarik adalah LED notifikasi pada bahagian depan skrin bersebelahan dengan kamera 2MP. LED 3 warna ini (oren, hijau kekuningan dan merah) berada agak kedalam tanpa lightpipe untuk membawa cahaya ini ke permukaan. Hasilnya anda hanya dapat melihat notifikasi LED ini dengan terang hanya jika dari sudut yang tepat. Jika dilihat dari tepi, cahayanya hampir tidak kelihatan.


Di bahagian belakang pula, Zenfone 5 dilengkapkan dengan cover plastik cembung bertekstur lembut yang sedap digenggam. Cover belakang ini boleh dibuka untuk mendapat akses kepada 2 slot micro SIM dan juga micro SD. Akses kepada bateri 2,110 mAh tidak diberikan kepada pengguna, jadi bateri tambahan bukanlah satu pilihan bagi Zenfone 5.




Skrin


Asus menempatkan skrin 5 inci IPS 1280 x 720 pada Zenfone 5. Kepadatan pixel 293 ppi hanya sedikit kurang berbanding retina display yang dipopularkan oleh Apple. Detail gambar dan tulisan yang dipaparkan boleh dikatakan hebat bagi smartphone dalam kelasnya.

Ia cukup terang dan memaparkan warna yang nyata. Penggunaan dibawah cahaya matahari juga tidak menjadi masalah. Juga skrin pada Zenfone 5 dikuatkan oleh Corning Gorilla Glass 3.

Terdapat Reading Mode untuk membuatkan warna pada paparan menjadi sedikit kekuningan dan menurut Asus, pengguna akan dapat releks kan mata ketika membaca pada website atau e-book dengan mode ini. Juga Glove Mode boleh dihidupkan untuk menambah sensetiviti touchscreen dan sesuai untuk digunakan ketika menggunakan sarung tangan.


Pengguna yang ingin mengubah reproduksi warna pada skrin, Asus menyediakan Splendid. App yang membolehkan pengguna mengubah color temperature, hue dan juga saturation. Juga terdapat Vivid Mode untuk menambah contrast dan menjadikan warna labih terang namun juga menghasilkan imej foto yang kurang realistik.

Keseluruhannya ia adalah skrin yang cukup ok. Tiada kekurangan yang dapat kami jumpa setelah seminggu menggunakan Zenfone ini.

Android 4.3 - ZenUI


Zenfone menggunakan Android 4.3 Jelly Bean dengan UI terbaru Asus digelar ZenUI. Asus menjanjikan update ke 4.4 Kitkat tetapi setakat ini masih belum mengumumkan tarikh kemunculannya.

Asus melakukan pelbagai perubahan menarik pada Android melalui ZenUI. Icon flat kelihatan kemas. ZenUI membolehkan pengguna menambah tint warna pada wallpaper yang dipilih. Aplikasi seperti Gallery dan Music juga telah diubah pada ZenUI mengikut tema mereka. Interface timeline pada Gallery kelihatan agak menarik tambahan pula ia boleh memaparkan media di cloud storage termasuk Google Drive dan Asus Webstorage.

Menurunkan notification tray dari sebelah kanan skrin akan membuka shortcut kepada beberapa toggle seperti wifi, bluetooth, GPS, data, brightness dan lain-lain. Button-button toggle ini boleh diubah mengikut kehendak pengguna melalui button edit di atas sebelah kanan.

Asus juga menyertakan beberapa apps yang dibangunkan oleh mereka pada Zenfone. What's Next, Do It Later, Super Note, Zen Link (Share Link, Party Link, PC Link, dan Remote Link apps), Omlet Chat, serta Asus WebStorage iaitu cloud storage Asus dan setiap pengguna Zenfone diberikan ruang storan 5GB percuma seumur hidup.

Selain itu, apps Google juga disertakan bersama. Ia termasuk Play Store, Google Drive, Gmail, Hangouts, Google+, Google Photos, Google Play Music dan Youtube. Amazon Kindle dan Candy Crush juga disertakan bersama.

Ketika sedang bercakap di telefon, pengguna juga boleh merakam perbualan tersebut dengan menekan button Rec pada skrin.

Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan ZenUI. Perubahan yang dilakukan pada Android tidak terlalu berat malah menjadikannya lebih kamas dan ceria.

Kamera


Kamera utama di belakang dilengkapkan dengan kamera berteknologi Pixelmaster milik Asus dengan sensor BSI Sony, 5 elemen lens, largan optics dan juga aperture f/2.0.

Gambar yang diambil cukup menarik, warna dan detail yang sangat ok. Fokus dilakukan cukup cepat namun shutter agak lambat. Mengambil gambar kanak-kanak mungkin sedikit sukar memandangkan golongan ini susah duduk diam untuk berposing sekaligus menjadikan gambar kabur pada pergerakan. Masalah ini sebenarnya biasa pada cameraphone dalam kategori ini.


App kamera Asus menyediakan beberapa 18 Mode iaitu Auto, HDR, Panorama, Night, Low-light, Selfie (mengesan semua muka berada didalam frame dan mengambil gambar secara automatik), Miniature, Depth of Field (background blur), Smart Remove (membuang objek yang tidak dikehendaki), All Smiles, Beautification, Time Rewind, and GIF animation. Video juga tidak ketinggalan, terdapa 4 Mode iaitu Auto, Low light, Miniature dan Time lapse.

Antara kesemua mode ini, yang paling menarik perhatian adalah mode Low light. Zenfone 5 dapat mengambil gambar yang menarik ditempat cerah seperti cameraphone yang lain tetapi dalam keadaan gelap, Zenfone 5 berjaya mengalahkan yang lain. Mode Low light pada Pixelmaster ini menggabungkan gambar pada 4 frame untuk menjadikannya 400% lebih terang, tetapi juga mengurangkan detail kepada 2 megapixel.

Aplikasi kamera dapat diakses terus dari lock screen ataupun dengan menekan butang volume 2 kali ketika dalam keadaan standby. Shortcut button ini perlu diaktifkan terlebih dahulu di setting lock screen.

Performance - Intel Atom


Kami sebenarnya tidak pasti untuk meletakkan SoC Intel Atom ini sebagai pro atau con bagi Zenfone 5. Tidak dinafikan ia adalah processor yang cukup berkuasa. Ianya dual core dengan teknologi Hyper Threading Intel menjadikannya seperti quad core. Kuasa pemprosesannya mampu mengalahkan SoC quad core keluaran Mediatek yang digunakan pada Huawei Honor 3C.

Intel Atom berbeza dengan SoC yang lain. Hampir kesemua SoC smartphone lain termasuk Snapdragon, MTK, Tegra, Exynos dan lain-lain menggunakan architecture ARM tetapi Intel memilih architecture x86 pada Atom.

x86 telah menjadi architecture utama pada PC dan laptop sejak dari tahun 80-an dan sehingga hari ini. Intel Atom Z2560 dengan kata lain menggunakan architecture sama tetapi dioptimasikan dengan penggunaan tenaga yang rendah. Kuasanya terbukti melalui beberapa benchmark yang kami jalankan.



Zenfone 5 berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya Huawei Honor 3C yang juga hadir dengan harga yang hampir sama. Intel Atom dilihat lebih menyerlah dalam benchmark 3DMark Ice Storm, bermakna pemprosesan imej 3D yang jauh lebih hebat.

Namun masalah utama pada Intel Atom x86 adalah compatibility. Memandangkan ARM adalah architecture utama bagi smartphone, kesemua applikasi yang ada di Google Play telah dioptiamsikan untuk 100% compatible dengan ARM, tetapi tidak semua berfungsi dengan baik pada x86. Intel terpaksa memasang binary translator pada Atom untuk menterjemah coding app yang ditulis untuk ARM kepada instruction set x86. Menurut Intel, penterjemah ini menggunakan tenaga yang sangat minimal dan pengguna tidak akan merasakan apa-apa kekurangan dari segi performance.

Hari pertama kami menggunakan Zenfone 5, app yang sangat popular iaitu Facebook tidak  boleh digunakan. Mujur setelah update firmware yang disediakan oleh Asus, Facebook kini berfungsi dengan baik. Selain itu, kami tidak menemukan apa-apa masalah lagi untuk kesemua apps yang dimuat-turun. Boleh disimpulkan masalah compatibility ini tidaklah begitu serius, ia mungkin melibatkan beberapa app tertentu sahaja.

Dari segi storage, hanya 5GB dibuka kepada pengguna untuk memasang media dan applikasi. Bagi menyelamatkan keadaan, Asus menyediakan slot micro SD card pada Zenfone 5. Kebanyakan applikasi boleh dipindahkan ke micro SD dengan begitu mudah.

Bersama-sama RAM 2GB, melusuri setiap page pada homescreen dan menjalankan app pada Zenfone 5 terasa sangat lancar. Tiada lag dijumpai walaupun ketika bertukar dari satu app ke app yang lain.

Bateri

Kapasiti bateri 2,110 mAh dengan processor Intel Atom mungkin kedengaran kurang menarik. Tetapi Asus telah melakukan kerja yang baik. Kami boleh simpulkan bahawa ketahanan bateri bagi Zenfone 5 sebagai "not bad". 


Membawa Zenfone 5 ke pejabat dengan penggunaan biasa (Whatsapp, panggilan, foto, browsing), Zenfone 5 mampu bertahan sehingga dibawa pulang. Ia mampu bertahan selama 10 jam lebih sebelum meminta untuk dicas semula. Namun jika penggunaan yang agak kerap pada hari seterusnya, ia hanya mampu bertahan selama 7 jam lebih.

Pengecasan semula menggunakan charger 1.35A asal mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk penuh dari 10%.

Kesimpulan

Pro
  • Processor berkuasa dan RAM 2GB
  • Skrin IPS yang memuaskan
  • Kamera dengan low-light mode yang terbaik

Con
  • Button navigasi tidak bercahaya
  • LED notifikasi tidak kelihatan dari tepi
  • Shutter kamera agak perlahan

Sepanjang kami menggunakan Asus Zenfone 5, boleh dikatakan sangat berpuas hati. Dengan harga yang ditetapkan, ianya boleh dikatakan sangat berbaloi.


101 ulasan:

  1. Tanpa Nama13/7/14 09:28

    En Lepak,
    mcm mana nak tahu ORI set Zenfone 5 ??...earphone tak sama dengan saya-ORI set

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama13/7/14 10:09

    tuan,

    "LED 3 warna ini (oren, hijau kekuningan dan merah)"-boleh terangkan fungsi setiap lampu
    -sy macam tak cukup lampu je

    BalasPadam
  3. Earphone mungkin berbeza mengikut distributor. Yang ada pada kami edaran ECS Astar. Kalau Dynamics maybe earphone tak sama. Boleh tengok sticker sirim kalau nak tau set ori.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21/7/14 16:24

      peniaga ckp asus sye ap set..tp ada sticker sirim,ori ke ap?

      Padam
    2. kalau distributor Dynamics atau ECS Astar ori la.

      Padam
  4. Warna oren time charging dan untuk notify SMS/missed call/dll..., hijau kekuningan time bateri dah penuh. merah time bateri kurang dari 15%.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama13/7/14 14:01

    Kenapa ada yang dapat earphone ada yang tak?

    BalasPadam
  6. Set AP ada yang tak dapat earphone.

    BalasPadam
  7. Mcm mana nak tahu AP atau Ori?

    BalasPadam
  8. Kalau ori ada sticker sirim kat kotak. Lepas tu logo intel ke cover belakang handphone tu kalau ori jenis printing, AP banyak yang guna sticker.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama15/7/14 05:44

    mcm mane nak update firmware?

    BalasPadam
  10. Update firmware - Better guna option 1, cepat dan senang.

    Option 1: OTA
    Pergi ke Setting > About > System Update > Check Update



    Option 2: Download firmware kat PC

    1. Download firmware kat sini, http://www.asus.com/my/Phones/ASUS_ZenFone_5/HelpDesk_Download/
    Make sure SKU dan model (T00x) match sebelum download.

    2. Extract file yang di download tadi. Anda akan dapat satu file .secure

    3. Rename file .secure ke .zip

    4. Kat filename tu ada model, make sure model tu sama dgn model telefon. Kalau tak sama just rename kat model tu.
    Contoh: UL-ASUS_T00F-WW-1.14.40.50-user.zip rename ke UL-ASUS_T00J-WW-1.14.40.50-user.zip

    5. Copy file tadi kt internal storage guna USB

    6. Dah settle copy cabut USB lepas tu phone akan prompt untuk update. Proceed dengan on-screen instruction.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama15/7/14 11:43

    nak tahu ORI set atau AP set senang je...

    kita tengok pada cover plastik belakang phone tu yang boleh cabut...tengak pada sebelah luar. mesti ada logo Intel..tau kan logo Intel.

    1- kalau logo tu dibuat printed terus pada cover - ORI set.
    2-kalau logo tu jenis pelekat/sticker yg boleh cabut/ di ganti dengan apa2 je sticker - AP set.

    boleh tgk AP set d facebook DirectD yg mostly jaul AP set.

    saya punya phone medium spec. ORI set di edar oleh Dymanics++..Earphone tak sama dengan Admin paparkan. tp still adaprinted ASUS.

    Kelemahan paling ketara untuk phone ni IAITU...Hangpa kena manual update. kena tau Taiwan version, China version n Worldwide version.

    bagi aku klau hg pa ni jenis beli phone nk pkai teruih...elak kan phone2 brand dari China, Taiwan...sbb nk kne update2 sebab depa x follow Barat punya spec penggunaan,..depa pakai depa punya...

    Contoh..depa x support Google Store..sbb depa ada store depa sendiri...jd hang pa kena update software version..klau auto x pa..ni klau manual update..

    tapi hangpa jgn risau...sbb nya aku pun dari xtau jadi tau..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama15/7/14 12:11

    sambungan- Zenfone 5 Medium spec

    berbaloi atau tidak??...bagi aku berbaloi..sbb nya..

    -tgk pada org..klau korg yg jenis dh pkai Iphone,S4/S5, Sony Z2 jenis2 High End yg RM 2k++..pastu nk pkai phone ni mmg x berbaloi langsung lah..ak mmg cari bajet bawah 1000..dan lagi bawah...hahaha..

    -aku pnh pkai S4 klon harga RM800 tu...barai lepas 1thn..sebelum tu pun dh barai dah...quality teruk..dan asal usul tak tau mane, klau problem kat forum pun x jumpa solution...luar mungkin sama dengan ORI tp dalam lain Bro..gua dh penah buka sebab camera rosak...

    -Asus Zenfone 5 ORI set RM599..untuk warna gold dengan merah harga tambah sikit kata salesman..ngarut je semua tu bukan boleh wat kaya pada kita pun depa yg kaya ada la...hahah..

    --Solid build, nampak kemas dan eksklusif sikit..mana nk dapat phone mcm ni dengan harga macam ni...2-3 thn lepas x dpt ooo..

    -Kamera bg aku OK....klau nk banding dengan S4 klon RM800 aku dulu..klau nk banding dengan High End phone mmg jauh la..tp bagi aku smart je..

    --Bateri--yg ni susah nk hurai sbb ikut hangpa...tp bagi aku kureng skit...sblm beli mmg dh usha phone yg tahan bateri lama.

    Apa-apa pun, tgk dulu phone ni depan2 baru pikir nk beli..beli lah ikut kemampuan dan penggunaan...klau hangpa mampu beli 10 Iphone pun..tp nk beli phone ni..silakan tak jd masalah..ye la hidup bersederhana..klau x mampun beli jgn beli..





    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. maaf tanya zenfone 5 nie bole buat video call ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Native 3G video call tak boleh. Almost semua phone Android tak boleh kecuali certain brand mcm Samsung je yang boleh.

      Tapi kalau internet video call macam Skype/Tango/WeChat boleh la.

      Padam
  15. ada xapa2 special kod unutk zen5 ni...and satu lg blh x nk tgk Ram pada phone kot2 ade secrete kod ke kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tau ram boleh masuk kat Setting > Apps > Running. Kat bawah ada used dan free ram, campurkan keduanya boleh dapat total ram.

      Padam
  16. Tanpa Nama8/8/14 12:30

    Usb otg support x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Support. Cuma make sure guna firmware latest sebab firmware lama tak support.

      Padam
  17. Tanpa Nama16/8/14 18:41

    Facebook sy xley bukak even daa updte firmware tuu...biler install fb..dy tulis duplicate....

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama20/8/14 23:31

    Saya punya fon yg ada plekat kt blakang bermakna bukan ori la hamper btl dh tekena..

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama26/8/14 20:11

    klau ori brpa RAM sma USBstorege dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ori ada 3

      1. RAM 1GB storage 8GB - yang ni mula-mula masuk sekarang dah tak masuk dah. Tapi ada seller yang jual lagi, murah sikit.

      2. RAM 2GB storage 8GB

      3. RAM 2GB storage 16GB - Ni yang latest. Harga still maintain RM599 (berbeza mengikut penjual)

      Padam
  20. Tanpa Nama27/8/14 00:58

    Saya punya charge dua pin je..knapa tak sama mcm dlm gmbr yg ada tiga pin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang charger 2 pin tu AP set yang untuk pasaran luar. Tapi fon sama je.

      Padam
  21. Sy br beli mgu lps kt lowyatt.rm850.huhu..tipah tertipu

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama29/8/14 21:00

    Sy punya zenfone5.knp bila screen lock,mobile data xleh gn.bl unlock screen barula bleh gn.brla wasap leh msk.knp ek??ada kn setting kt mn2 ke,??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama28/11/14 00:16

      Smart saving pnye pasal

      Padam
  23. Tanpa Nama3/9/14 19:53

    kenapa bateri zenfone5 sya cepat habis? pakai4 ke 5 jam dah habis bateri..sy charge 9 jam masa mula beli...tapi sedikit takpuas hati bila peniaga dah on kan hp ni masa bukak kotak..nak betulkan setting kata dia..adakah bila onkan awal2 bole ganggu hayat batery?
    adi85

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama7/9/14 12:23

      sama la kita...bateri cpt habis

      Padam
  24. Kenapa bila rakam video..tiada bnyi suara yg keluar dari rakamn video

    BalasPadam
  25. kenapa nak play video dalam Facbook takleh dan hanya keluar "page not found"..tolong saya sat..tq

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama20/9/14 10:58

    aku x blh connect usb ke pc...not recognized katanya...tolong2

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama21/9/14 17:27

    Boleh terangkn kenapa ada zenfone 5 yg sebelah line tu ada symbol sim dan ada zenfone yg takde.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama22/9/14 02:01

      G kt storage..bucu ats sebelh knn ad logo usb..click n mark at media share

      Padam
  28. Hi. saya guna zen5 ap set. masalahnya messaging (sms/mms) tak boleh on. kalau tekan ikon messaging hijau tu, keluar box "unfortunately, messaging has stopped". dah try segala cara except for factory reset/format. sape2 boleh tlg x? ap set ni boleh manually update x? thanks

    BalasPadam
  29. Cmner nak susun icon kat page menu? Bkn home screen ye.

    BalasPadam
  30. Nak screenshot macam mana ye hp ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try tgk kat YouTube. Search zenfone screenshot

      Padam
    2. Tanpa Nama22/12/14 16:32

      tekan button off dgn vol- serentak lama2

      Padam
  31. Tanpa Nama10/10/14 09:35

    cmna nk tengok processor kat zenfone 5?

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama22/10/14 20:16

    Saya punya ada stiker sirim kt dlm anst adakah ori ka bukan

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama1/11/14 03:08

    kenapa zenfone 5 saye keluar kotak merah di sekeliling skrin bile saye unlock screen and time saya dengar lagu...adekah ini virus and ape yg patut saya buat???please

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin disebabkan kena virus,saya punya hp sony pun buat hal yang sama

      Padam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama7/11/14 21:52

    so far pakai ok... tapi kuramg puas hati sebab bunyi tak kuat. member beli AP set tapi bunyi superb, aku beli ori bunyi pelan giler. harap ASUS dapat pertingkatkan lagi bunyi untuk akan datang

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama13/11/14 19:00

    Zenfone6 kawan masuk kolam, wife dia pergi charge, terus k o. Mana nak cari sparepart motherbord di KL

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama21/11/14 00:02

    salam.
    kenapa ade sesetengan Asus kalau whatsapp, bila kita tekan no 6,, no 5 yang display? Minta penjelasan.

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bkn masalah fon. masalah whatsapp

      Padam
  38. Salam, saya pun kena jugak bile tekan icon num 6 die kluar num 5, cuma kat whatsapp je mcm tu, minta pencerahan kerana kawan saya cakap hp anda mungkin tiruan!

    Tqsm

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama28/11/14 00:19

    Zen6 blm ada update firmware lg ke? Bila ota dia ckp up to date.. jeles tgk zen5 dh pkai 4.4.2

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama9/12/14 13:51

    Knape mobile data xley gune.hbs da sume setting sy bkk.da update still xbole.helppppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi setting - wireless network - dual sim setting - preffered sim card - data service network - pilih sim mana yg ade data mobile klu double sim

      Padam
  41. Camne nak tauk Asus Zenfone 5 tu ori atau klon? Boleh tak hantar gmbar yang tanda kalau asus zenfone 5 tu ori

    BalasPadam
  42. Tahu ^^ terkeluar loghat sarawak.. **

    BalasPadam
  43. Tanpa Nama20/12/14 01:04

    Kalu cover blakng ad printed intel.. tapi charger 2 pin... kire ori ke x tu..???

    Minta penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ori mgkin charger di tukar

      Padam
    2. Tanpa Nama24/12/14 00:49

      Sye punye imei 06 ... sye check dlm list xde pon yg 06 ni... mcm mne tu..... minta penjelasan

      Padam
  44. ad dapat percuma sd card ke?

    BalasPadam
  45. assalam, slmt tahun baru :)

    nak tanya, Zenfone 5 ada byk jenis ke? kat website ade ZenFone 5 (A501CG) je tpi yg saya beli jenis A500KL. ni saya beli satu sim kad je, tu yg hairan. Kalo ade sesapa tau, mohon jwb. trima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu Zenfone 5 LTE. 4G. sebab tu satu sim. A500KL tak pakai SoC intel. tp pakai snapdragon 400

      Padam
    2. Tapi kalau 1sim ori tk sb saya beli pn 1sim jgk tuu yang saya pelik....

      Padam
  46. Tanpa Nama2/1/15 19:54

    Kalu dye punye sofware update tulisan cine...
    Fon x ori ke tu??

    BalasPadam
  47. Tanpa Nama5/1/15 13:26

    Tumpang tanya, knapa yea ble kita nk call mnggunakan zenfone 5 line tibe2 jd xde...padahal seblm 2 line penuh...tp ble ad pnggiln masuk blh plak...harap paham ayt sy..he8..mintak pencerahan

    BalasPadam
  48. Tanpa Nama7/1/15 15:34

    Tlong saya...mcm nk buat bila zen5 hang... saya reset dan dia kluar gambr asus..dn trus hang disitu... saya buat byk kali..dn bnda sama yg trjadi... mcm mne ni msih blom bleh guna fon ni...

    BalasPadam
  49. Tanpa Nama10/1/15 22:28

    Mf nk tnye sy dpt hadiah zenfone 6 internal 16gb n dpt skali SD Card 16gb, sy xmasukkn Sim card so mmg xleh baca SD Card ke

    BalasPadam
  50. Tanpa Nama12/1/15 20:12

    hai..nk tnye..knp precesser zenfone 5 lte 1.2..hee

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama6/2/15 17:14

    kenapa ekk sensor asus zenfone 5 saya sentiasa berkelip2 warna merah ?

    BalasPadam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  53. saya guna AP set zenfone 5 intel atom z2580 2.0GHz, 16GB & 2GB ram, sy dah update hp sy dari version 1.12.40.9 ke version 2.21.40.30 secara manual & xde masalah langsung. Tapi satu je yg sy tak faham, mcm mana hp sy ada BAHASA MELAYU?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama12/1/16 04:22

      Update macam mana??

      Padam
  54. Tanpa Nama21/3/15 01:23

    Aslmlkm. Nk tye pakar ni. Np zenfone5 sy button volume sblh ats. On/off sblh bwh. Ana fenin lh..

    BalasPadam
  55. Yang tu Zenfone 5 Lite. Lower end compare dengan Zenfone 5 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ori ke ap ? Saya pun pening jugak ni . Power key bawah dan volume key atas . Mintak tolong yaa .

      Padam
    2. Tanpa Nama24/3/15 11:43

      Ori - warranty dr Pengeluar Asus. AP - warranty dr Kedai atau agent. Harga memang berbeza. Saudara Mohamad sy rasa awk pnya Asus 6! Sy kurang pasti ttpi dari images HP Asus ni seakan Zen 6 shj yg Vol key kat atas dan On/Off kat bwh!

      Padam
    3. Tanpa Nama24/3/15 11:48

      Asus 5 LITE juga Vol key kat atas dan ON/Off kat bawah....!

      Padam
  56. Tanpa Nama21/3/15 07:42

    Zenfone 5 sy x blh tgk vedio kt fb. Aduuii, guane? Tlg bantu sy beri sedikit tip menyelesaikanye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama24/3/15 11:36

      Bro cuba update firmware/software terkini. Settings - System Update- Check Update

      Padam
  57. Bagaimana kalau warranty dalam tulisan cina??

    BalasPadam
  58. En lepak....ape beza beli ori dengan ap

    BalasPadam
  59. cmna nk cek waranti dh guna ke belum?

    BalasPadam
  60. Kenapa tak boleh charge? Masalah kat bateri ke?

    BalasPadam
  61. Tanpa Nama1/5/15 17:18

    Assalamualaikum. Sy baru pakai zenfone5 sebulan. Ada 2 masalah...
    1.kamera belakang kabur
    2.sy pakai celcom, bila tekan nmbor *** utk tanya baki mobile data, xde mesej yg diterima. Awal2 dulu dapat.
    mintak penerangan ye.

    BalasPadam
  62. terima kasih atas informasinya :)

    BalasPadam
  63. assalamualakum admin.. tumpang tanye.. kenapa bila line data dari H ke E.. fone ni unlock sendiri.. bila lock blk die tetap unlock sediri.. terjadi bila line data berubah.. mungknkah salah pada setting???? tolongg sayaaaa...

    BalasPadam
  64. Maaf min. Saya baru beli asus z5 tetapi charger nya tidak bisa di colokan ke stop kontak. Apa perlu adaptor tambahan biar bisa di colokan k stop kontak

    BalasPadam
  65. Tanpa Nama21/7/15 19:25

    Saye pkai z5. Knp kdg2 takde line and selalu jadi mcm tu time on mobile data.lepastu asyik restart sendiri.mcm mane nak buat ni ye.dah seminggu dah.

    BalasPadam
  66. Tanpa Nama21/7/15 19:27

    Saye pkai z5. Knp kdg2 takde line and selalu jadi mcm tu time on mobile data.lepastu asyik restart sendiri.mcm mane nak buat ni ye.dah seminggu dah.

    BalasPadam
  67. Tanpa Nama29/7/15 05:37

    Hyee.. so far pkai zen5 nie sume okeyy.. Xde msalah ape2..
    Just nak tanya 1 soalan.. Zen5 nie bole hide notification x? Mcm iphone bole.. Mksd sye d sni.. Klau ade whatsapp,wechay msok kite xtaw.. melainkn kite bkak whatsall tu.. tq

    BalasPadam
  68. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  69. Zen5 dri dynamics memang takde print Intel kat cover phone yg belakang ke ?

    BalasPadam
  70. Tanpa Nama22/9/15 04:19

    Asus saya bt hal keluar warning 'usb port overcurrent...'.dah repair n tkr usb sbb usb port brkulat.guna semua charger pun x blh caj.dah tkr ok skjp then keluar warning 'unplug usb cable with high battery level'.x tau nk bt apa dah 2x repair.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fon sy pun baru kena masalah ni.. semalam dah repair, ok sekejap.. then hari ni jadi lagi,,. Apa ye masalahnya?

      Padam
  71. saye baru beli asus zenfond 5 second tapi saye tak tahu samaada enset tu ori ker idok bab mase saye beli tu calar balar x ade tulisan intel kat cover belakang pastu scren sokmo macam x cun ...contoh saye main coc pastu dah siap main coc saye bukak whatapp pastu nampak gambar coc tu skit2 kat screnn tu asl eh ..kalu macam tu ori ker tidak

    BalasPadam
  72. saye baru beli asus zenfond 5 second tapi saye tak tahu samaada enset tu ori ker idok bab mase saye beli tu calar balar x ade tulisan intel kat cover belakang pastu scren sokmo macam x cun ...contoh saye main coc pastu dah siap main coc saye bukak whatapp pastu nampak gambar coc tu skit2 kat screnn tu asl eh ..kalu macam tu ori ker tidak

    BalasPadam
  73. pertanyaan, saya pun zenfone 5 tak boleh charge................dah cuba 4 ke 5 charging lain tapi masih ada masalah charge tak nyala/fungsi.........apa masalah?
    guna hp sejak sept 2014, adakah bateri dah kong.............berapa harga market bateri zenfone 5

    BalasPadam