Ahad, 18 Januari 2015

Perbandingan Smartphone Terbaik Pada Harga Sekitar RM500 - Januari 2015


Artikel terbaru smartphone terbaik dibawah RM500 klik disini.

Perkembangan teknologi smartphone serta kebangkitan jenama-jenama dari China dan Taiwan telah membuatkan smartphone murah kini tidak kurang hebatnya. Dengan bajet sekitar RM500 ke RM600, pengguna kini mampu memiliki sebuah smartphone Android berskrin besar dengan processor quad core dan kamera berkualiti.

Pada post kali ini, kami memilih 5 smartphone terbaik yang boleh dimiliki diantara harga RM470 ke RM530. Xiaomi Redmi Note LTE, Asus Zenfone 5, Huawei Honor 3C, Lenovo S860 dan Samsung Galaxy Ace 3 dipilih untuk perbandingan kali ini.

Sebelum itu, mari kita lihat spesifikasi kelima-lima model ini.



Skrin

Dari spec diatas, Redmi Note 4G mempunyai skrin paling besar manakala Ace 3 paling kecil. Zenfone 5 dan Honor 3C masing-masing bersaiz 5 inci dan Lenovo S860 pula sedikit lebih besar iaitu 5.3 inci. Kesemuanya mempunyai resolusi 720p kecuali Ace 3 dengan hanya 480p. Skrin lebih kecil memberikan kelebihan kepada Zenfone 5 dan Honor 3C dari segi saiz pixel. 294 ppi hampir menyamai Retina Display pada iPhone membuatkan imej pada kedua-dua model ini tampil lebih tajam.

Selain itu, kelebihan yang ada pada Zenfone juga adalah kaca Gorilla Glass 3 memberikan lebih ketahanan berbanding yang lain.

Galaxy Ace 3 hanya hadir dengan skrin berteknologi TFT selainnya menggunakan skrin IPS yang memberikan sudut pandangan yang lebih baik. 

Zenfone 5 ada kelebihannya pada Gorilla Glass 3 tetapi jika anda inginkan sesuatu yang lebih besar, Xiaomi dan Lenovo mungkin pilihan yang lebih baik manakala Honor 3C pula adalah yang terbaik dalam mengoptimumkan saiz panel hadapan dimana skrin meliputi 69.2% daripadanya.

Kesimpulannya 4 model kecuali Galaxy Ace 3 adalah menjadi pilihan bagi kategori skrin.

Pilihan LepakCC (Skrin)
Redmi Note 4G, Zenfone 5, Honor 3C, Lenovo S860

Rangkaian

Redmi Note 4G dan Galaxy Ace 3 tampil kehadapan dengan menyokong rangkaian 4G LTE manakala yang lain hanya dengan 3G HSPA.

Pilihan LepakCC (Rangkaian)
Redmi Note 4G, Galaxy Ace 3

Performance

Untuk mengukur tahap performance bagi kesemua model-model ini, kami memilih untuk melihat pada score yang diperolehi dari benchmark Antutu. Xiaomi Redmi Note mendahului dan diikuti rapat oleh Zenfone 5 yang dikuasakan oleh Intel Atom. Honor 3C dan Lenovo S860 yang berkongsi prosessor yang sama dengan score sekitar 17000 manakala Galaxy Ace 3 pula jauh ketinggalan.

Pengguna boleh mengharapkan navigasi yang lancar pada kesemua model-model ini kecuali Ace 3. Dengan RAM yang hanya sebesar 1GB, Ace 3 akan menguji kesabaran pengguna dengan lag setelah beberapa apps dipasang pada smartphone ini.

Kami memilih Zenfone 5 bagi kategori ini kerana mengambil kira kelebihan pada internal storage iaitu sebesar 16GB berbanding Redmi Note yang hanya 8GB.

Pilihan LepakCC (Performance)
Zenfone 5

Kamera

Jika dilihat pada megapixel, pastinya Redmi Note 4G adalah pemenang disini. Namun, megapixel bukanlah segalanya untuk mementukan kamera yang terbaik. Asus tampil dengan teknologi PixelMaster yang menekankan pada low light. Terbukti kamera pada Zenfone 5 masih dapat mangambil gambar walaupun dalam keadaan gelap. Cuma masalah pada Zenfone adalah kameranya agak perlahan membuatkannya sukar untuk mengambil gambar imej bergerak,

Pilihan LepakCC (Kamera)
Redmi Note 4G

Bateri

Tidak sukar untuk memilih pemenang bagi kategori ini, Lenovo S860 dilengkapkan dengan bateri besar berkapasiti 4000 mAh dan mampu bertahan sehingga 2 hari dengan penggunaan biasa.

Pilihan LepakCC (Bateri)
Lenovo S860

Kesimpulan

Jadi bagaimana pula pilihan anda. Mungkin Xiaomi Redmi Note 4G adalah yang terbaik disini. Tetapi agak sukar untuk memilikinya memandangkan Xiaomi menjualnya secara online dan pengguna perlu menunggu stok tersedia dahulu sebelum boleh memesan smartphone ini. Ataupun mendapatkannya pada peniaga lain dengan risiko membeli set AP untuk pasaran China tanpa Play Store serta masalah warranty.

Asus Zenfone 5 juga tidak kurang hebatnya. Dengan harga hanya RM519, ia adalah sebuah smartphone yang solid dengan performance yang tidak mengecewakan. Cuma kekurangan pada smartphone Asus ini adalah kapasiti baterinya yang agak kecil. Kenali Zenfone 5 dengan lebih lanjut di review kami disini.

Huawei Honor 3C membawakan harga yang hampir sama dengan Zenfone 5. Kelebihannya berbanding Zenfone 5 adalah rekaannya yang mengoptimasi panel hadapan dengan skrin. Bermaksud Honor 3C lebih kecil berbanding Zenfone 5 tetapi mempunyai saiz skrin yang sama besar. Kekurangan internal storage mungkin akan membuatkan anda mahu memilih Zenfone 5.

Kelebihan yang kami lihat pada Lenovo S860 tidak lain dan tidak bukan adalah baterinya. Ia cukup untuk memberikannya peminat tersendiri. Selain itu, internal storagenya juga 16GB serta binaan aluminium di belakang juga menjadi tarikan pada model ini.

Samsung Galaxy Ace 3 mungkin kurang menonjol. Selain dari 4G LTE, tiada apa lagi yang boleh diperkatakan. Namun ia tetap akan laris dipasaran kerana membawa jenama Samsung.

Jadi apa pula pilihan anda?

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/3/15 22:05

    Pergkhh! Padat dgn info..tq sbb ada keterangan ini~

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Like la FB lepakcc jugak k.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/4/15 08:19

    gile btol lpkcc ni...info terbaik pny die bg.....

    BalasPadam