Selasa, 15 September 2015

Ketahui Modus Operandi Scammers Nigeria Di Mudah.my

[Edit 10/2/2017] Follow up isu ini melibatkan warga tempatan pada post terbaru klik disini.

Sesiapa yang pernah menjual barang di Mudah.my pasti pernah dihubungi oleh pembeli warga asing dan hampir kesemua berasal dari negara Afrika terutamanya Nigeria. Negara ini terkenal sebagai internet scammer terbesar dunia ketika ini. Berikut adalah salah satu contoh scam yang dikenali sebagai 419 scams ataupun confidence trick.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modus operandi mereka ini, saya cuba melayan seorang yang pernah menghubungi saya ketika menjual sebuah motosikal di Mudah.my dulu. Kononnya beliau adalah warga Perancis yang kini bekerja di Nigeria. Seperti biasa, dia masih berminat untuk membeli motosikal tersebut dan mahukannya dihantar ke Nigeria.

Seterusnya dengan murah hati motosikal yang ingin dijual pada harga RM 13,000 dinaikkan kepada RM 30,000 atas sebab kos penghantaran. Walaupun tiada apa-apa perbincangan mengenai status ataupun cara pemindahan hak milik mahupun cara penghantaran, dia hanya mahukan nombor akaun untuk memindahkan wang RM 30,000 tersebut.

Setelah memberikan nombor akaun, lebih kurang sejam satu email diterima yang kononnya dari Standard Life Bank menyatakan pihak bank telah menerima sejumlah wang bernilai RM 30,000 dan sedia untuk dipindahkan ke akaun saya. Dengan ayat yang berterabur langsung tidak menampakkan ianya email dari sebuah bank antarabangsa.

Saya kemudian dikehendaki membayar RM6,000 untuk membolehkan wang RM30,000 tersebut dipindahkan ke akaun Maybank saya. Wang RM6,000 tersebut perlu dihantar melalui Western Union ke satu nama beralamat di Lagos, Nigeria.

Jadi inilah cara mereka menipu untuk mendapatkan duit. Hanya bermodalkan Whatsapp dan email, jika terkena kita secara suka-rela "menderma" wang kepada mereka. Dengan menggunakan Western Union, transaksi dapat dilakukan dengan pantas dan tidak boleh dibatalkan.

Jadi saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang pernah ditawarkan pembelian sebegini agar sentiasa berfikiran logik dan jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka.

Perbualan penuh Whatsapp saya dapat ada dibawah.















9 ulasan:

  1. thank you for this. I think I am going through a similar one. Tapi dia tengah suruh check my e-mail which I'm saying tak terima lagi. I have read the e-mail, memang berterabur.

    BalasPadam
  2. Hahaha Terima Kasih. Sangat berterima kasih atas info ni. Aku baru je dapat mesej camni tadi. Orang afrika tu nak beli kereta aku guna agent. Dia cakap dia kat UK. Nama dia Ms. Lee. Dia nak beli untuk mentua dia. Nasib baik jumpa info ni lebih awal. Ape lagi, akupun pekena kan dia balik. Sampai sekarang ni dia tak balas mesej aku hahaha.

    BalasPadam
  3. Aku pun baru nak terkena tadi,konon nak beli rmh tapi tak minta detail pun pasal rmh,belum apa-apa dah minta acct number konon nak bank in..ini semua kerja nigeria konon dari usa tapi english terabur

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama7/9/16 08:48

    kemarin aku terima wasap dri 2348145830021 uk, 2347014562958 us habeal maxwel.234549864274 uk mike.234549864274 maine city.2349026705808 canada lamberts philips nak beli coin aku iklan dlm mudah.my...masalahnya aku dah beri nama.no.akuan.nama bank kpd philips.pabila aku terima wasap dri philips mengatakan aku kena bayar verifikasi di pos office baru jumlah semuanya wang bayaran dipindahkan ke akaun aku,baru terfikir oleh aku adakah ia satu penipuan ;scammer.Pagi tadi aku terima wasaap dari philips mengatakan aku nak duit ke tak nak,kalau tak nak ia beli dari orang lain. aku ingat nak jawab kenya akan hubungi BNM tanya 1. bagaimana trasaksi wang dipindah dri luar negara ke bank kita(terutama dri canada).2.adakah verifikasi kena bayar dipos office atau bank kita (dia kata RM2,000.00 kena bayar dipos office).3.adakah kita kena bayar verifikasi pemindahan wang dari canada keakuan kita.dia kata agennya akan dtang ambil barang,pos oleh syarikat DHL.Selamatkah wang dlm akaun aku.(Perhubungan dlm bahasa inggeris,tiada panggilan drinya)siapa ada pandangan dan cadangan email e_oran@lycos.com
    terima kasih

    BalasPadam
  5. Bagus info. Aku pun baru2 ney ade matsaleh wasap aku berminat nak beli keter.. dia cakap dia duk malaysia tapi skang di scotland urusan bisness.. so dia nak aku hantar pos keter kt sana.. haha kije giler betol ar mamat saleh neh.. malas aku nak layan. Pastu byk kali gak dia try call aku jam 4 pagi.. memang x dilayan ar.. hati2 yer kawan2 scamer masih ade..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama20/2/17 14:19

    Baru je tadi scammer ni WhatApps..Tapi dah block dh dia.. Fuh.. Terima kasih di atas info ni.. First time jual dlm Mudah.my. No scammer tu 2348179941710

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama31/3/17 10:36

    I dah kena scam ngan mreka yg acah2 nak beli barang kita. Senang nya mreka minta duit ngan kita suruh byr. Lps buat transfer acc rm350, sy disuruh lagi buat transaksi rm1k. Sbb "money is pending" katanya. Nasib i sedar and tak buat transaksi 1k. Konon nya credit bnk europe dh tolak rm1k automatic kat acc dia. So i need to pay more 1k utk settle payment. Bukan kah itu gila? Hati2 guys, klau pembeli tu tiba2 minta acc num n email jgn bagi , batal kan sja urusan jual bli. -based on my experience-

    BalasPadam
  8. apa kata kita guna perkhidmatan wwww.cubacari.com pula.lebih mudah dan mesra alam

    BalasPadam
  9. Benda yg sama berlaku kpd sy. Org yg menghubungi sy kononnya tinggal di johor ttp nombor telefonnya adalah nombor telefon dr afrika selatan. Dia mintak sy check email dr pihak banknya. Email tu menyatakan yg sy perlu postkan item dulu dah snap resit kemudian reply kan resit tersebut kpd email bank yg sama baru duit tersebut masuk ke dalam akaun sy. Mak saya menghaalng sy. Apabila sy x mahu post item tersebut dia ugut sy plk.... Nak ancam keluarga sy.

    BalasPadam