Ahad, 19 Mac 2017

Smartphone Terbaik Sekitar Harga RM1000 ke RM1200 - Mac 2017


Antara soalan yang paling banyak kami terima adalah smartphone apakan yang paling best dengan bajet seribu lebih. Jadi hari ini kami ingin menjawab soalan itu dengan posting ini. Dengan menghadkan carian diantara RM1000 ke RM1200 kami dapat menyenarai 6 smartphone yang kami rasakan terbaik didalam bajet ini.

Smartphone yang terpilih adalah
  1. Xiaomi Mi5
  2. Asus Zenfone 3
  3. Honor 6X
  4. Lenovo P2
  5. Galaxy J7 Prime
  6. Motorola Moto M
Kita akan ulas satu persatu tentang kelebihan dan juga kekurangan setiap model-model ini. Sebelum itu jom tengok dulu perbandingan spesifikasi pada table dibawah.


Xiaomi Mi5


Inilah satu-satunya flagship, yang lain semuanya mid-range. Walaupun harga Xiaomi Mi5 tidak sampai RM1200, ia betul-betul flagship, bukan sahaja dari spec malah rekaan serta binaan Mi5 setaraf dengan model-model flagship dari Apple, Samsung dan HTC. 

Mi5 membawakan processor Snapdragon 820, tak perlu ulas lebih lanjut tentang performance processor ini, lihat pada score Antutu benchmark sahaja dah tau. Score sebegini adalah setaraf dengan Samsung Galaxy S7.

Jika anda mahukan Mi5 yang lebih murah, versi 32GB juga tersedia tapi perlu ingat Mi5 tidak mempunyai slot micro SD. Jadi sebab itu kami pilih Mi5 64GB. Jangan risau, ia masih lagi dikira murah.

Xiaomi memilih untuk menggunakan home button jenis tekan seperti Samsung. Ada yang tidak menyukainya tetapi ada juga yang prefer button sebegini. Cuma button jenis tekan begini mungkin lebih senang rosak setelah beberapa tahun menggunakan berbanding jenis touch.

Mi5 cukup nipis hanya berketebalan 7.3mm tambahan pula dengan rekaan kaca melengkung di belakang membuatkannya rasa lebih nipis. Cuma kekurangan pada binaan kaca ini adalah ia terlalu licin jadi kebarangkalian untuk jatuh lebih tinggi.


Pro
  1. Performance paling mantap
  2. 16-LED backlight membuatkan skrin cukup terang walaupun pada direct sunlight
  3. Kewujudan NFC dan Infrared
  4. Penstabil imej optical (OIS)
  5. Pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0, mengecas penuh kurang dari 2 jam.
  6. Rekaan cantik dan premium dengan kemasan kaca di belakang
  7. Kebolehan mengambil video 4K
  8. Internal storage 64GB

Con
  1. Tiada set rasmi Mi Malaysia, yang ada cuma set import dengan warranty kedai
  2. Tiada slot micro SD
  3. Licin ketika dipegang, memerlukan case tambahan jika mahukan extra grip
  4. Fingerprint sensor pada home button memerlukan skrin dihidupkan dahulu sebelum boleh berfungsi

Asus Zenfone 3 ZE520KL



Zenfone 3 adalah satu lagi selain Mi5 yang datang dengan kemasan kaca di belakang. Ia terasa sangat solid, kemas dan kelihatan premium tapi masalah licin tidak dapat dielakkan. Kami dah ulas panjang lebar tentang smartphone ini dan cukup berpuas hati dengannya. Sila ke link diatas untuk ke posting review tersebut.

Jika nak dibandingkan dengan Mi5, Zenfone 3 kalah teruk dari segi performance. Tetapi Snapdragon 625 tidaklah teruk sangat. Score 60 ribu keatas masih dikira ok, dari segi penggunaan seharian, tidak terasa walau sedikit lag, tambahan pula RAM besar 4GB boleh membantu mengekalkan prestasi walaupun ada apps lain berjalan di belakang.

Kekuatan ketara yang ada pada Zenfone 3 adalah kamera yang cukup mantap dengan OIS dan juga TriTech auto focus.

Pro
  1. Rekaan cantik dan premium dengan kemasan kaca di belakang
  2. Kamera dengan OIS dan TriTech
  3. Skrin IPS+ memberikan warna cukup terang
  4. Kebolehan mengambil video 4K dan 1080p 60 fps
  5. Internal storage 64GB

Con
  1. Button navigation tidak berlampu
  2. Lampu notifikasi dengan warna terhad

Honor 6X


Honor 6X adalah satu-satunya tampil dengan dual camera disini. Dan itulah juga kekuatan utamanya. Namun begitu ia bukanlah seperti Huawei P9 atau Honor 8 tetapi kamera kedua di belakang hanya sebuah kamera biasa 2 megapixel untuk berfungsi sebagai depth sensor bertujuan untuk menghasilkan kesan bokeh secara artificial pada imej.

Dari segi processing, Kirin 655 not bad juga, performance nya lebih kurang Snapdragon 625. Kelebihan lain yang ada pada Honor/Huawei adalah fungsi tambahan pada sensor fingerprint. Contohnya swipe kebawah untuk membuka notifikasi ataupun swipe kekiri dan kekanan boleh switch dari satu app ke app lain.

Honor 6X masih mengekalkan micro USB biasa, mereka tidak menggunakan USB-C seperti Honor 8. 

Pro
  1. Dual camera untuk kesan boleh yang lebih natural walaupun artificial
  2. Skrin LTPS cukup terang walaupun dibawah direct sunlight
  3. Fungsi tambahan pada fingerprint sensor


Con
  1. Dual camera tidak seperti Honor 8
  2. Masih menggunakan micro USB biasa

Lenovo P2


Ini adalah smartphone dengan bateri tahap gaban. 5,100 mAh tambahan pula dengan processor Snapdragon 625 yang cukup pandai menjimatkan tenaga. Hasilnya GSM Arena memberikan endurance rating 149 jam. Lebih 50% jika dibandingkan dengan Xiaomi Mi5. Walaupun tanpa Quick Charge 3.0, bateri besar ini dicas penuh dalam masa kurang dari 2 jam.

Tidak kurang juga dengan display, P2 menggunakan skrin AMOLED. Sedia maklum AMOLED mampu menghasilkan warna yang lebih terang dan hitam yang lebih pekat. Selain itu fungsi night protection juga tersedia untuk menurunkan brightness sehingga 0.7 nits ketika dalam gelap.

Untuk menempatkan bateri yang besar, P2 adalah yang paling tebal disini. Tapi tidak juga sangat tebal, hanya 0.1mm lebih tebal dari Honor 6X.


Pro
  1. Bateri bersaiz gergasi boleh tahan sampai 3 hari
  2. Super AMOLED menghasilkan warna terang dan deep black
  3. Bunyi dari loudspeaker cukup kuat
  4. Kebolehan mengambil video 4K
  5. Lengkap dengan NFC


Con
  1. Tiada video stabilization OIS atau EIS
  2. Sedikit tebal

Samsung Galaxy J7 Prime

Kredit: TechNave
Inilah siri J yang lengkap dengan body logam. Menggantikan J7 dengan tambahan nama Prime tetapi menggugurkan AMOLED untuk TFT biasa. Siri J masih berada di kategori bajet walaupun nama Prime datang bersamanya. Samsung juga dari sejarah lepas tidak mempunyai niat untuk memberikan major firmware upgrade kepada siri ini. Bermakna model ini akan stuck pada Android 6 Marshmallow buat selama-lamanya

Namun J7 Prime juga ada kelabihannya. Ia mempunyai slot micro SD berasingan, tidak menggunakan slot SIM 2 berbanding yang lain. Processor Exynos yang digunakan masih dikira ok walaupun agak perlahan tapi tiada frame drop ketika penggunaan biasa. Cuma apabila menjalankan game-game berat, ia jadi agak panas.

Walaupun seribu lebih seperti saya kata tadi ia masih model bajet. Lebih teruk lagi even auto brightness pun tak ada. Apatah lagi gyroscope, jangan harap lah. Kompas juga tak ada. Mujur fingerprint scanner masih ada.

Nama Samsung yang dibawanya walau bagaimanapun memberikan gambaran tentang kualiti tersendiri dan juga warranty yang mudah.

Pro
  1. Jenama Samsung
  2. Slot micro SD berasingan
  3. Kamera dengan aperture tinggi


Con
  1. Tiada major firmware upgrade
  2. Tiada auto brightness
  3. Tiada gyroscope
  4. Tiada kompas
  5. Kamera tiada slow motion

Motorola Moto M

Motorola yang kini bernaung dibawah Lenovo menawarkan sesuatu yang menarik didalam segmen harga ini. Moto M merupakan yang paling murah diantara semua. Ia membawa processor Mediatek Helio P10 dengan RAM 4GB dan internal 32GB. Performance P10 ini ok untuk kegunaan biasa tetapi jika ke gaming mungkin kurang sesuai.

Yang menarik disini Moto M dilengkapkan dengan USB-C sama seperti Zenfone 3 dan Mi5. Jadi dengan port ini charger boleh dimasukkan dari kedua-dua arah. Keseluruhannya Moto M tiada apa yang hebat tapi tiada apa yang kurang juga. Harga yang sangat hampir dengan J7 Prime, Moto M adalah clear winner.

Secara jujurnya sukar untuk saya mencari apakah kekurangan smartphone ini. Semuanya just nice. Cuma satu yang saya jumpa setakat ini, speaker yang terletak di bahagian bawahnya mengeluarkan bunyi yang agak perlahan.

Pro
  1. RAM 4GB
  2. USB-C
  3. Dolby Atmos
  4. UI lebih seperti stock Android


Con
  1. Bunyi dari build-in speaker sedikit perlahan

Kesimpulan

6 smartphone dah kami ulas. Xiaomi Mi5 bagi saya adalah yang terbaik dari kesemuanya. Tapi mungkin kebanyakan dari kita mahukan warranty tempatan untuk proses yang lebih selesa. Zenfone 3 mungkin pilihan seterusnya dengan kamera yang lebih mantap. Atau Lenovo P2 untuk skrin yang lebih besar dan bateri tahap gaban.

Honor 6X membawa kelainan dengan dual camera buat pertama kali pada mid-range walaupun hanya untuk efek bokeh, mungkin OIS pada Zenfone 3 rasanya lebih berguna dari ini. Seterusnya Moto M untuk harga yang lebih murah. 

Dan yang paling lease favourite Samsung Galaxy J7 Prime. Samsung ingin compete dalam arena mid-range dengan membawa smartphone berbadan logam tetapi mereka membuang segala features yang penting membuatkannya hanya bagus untuk membawa nama Samsung sahaja, tidak lebih dari itu.

Jangan lupa like Facebook Lepakcc.com untuk review dan berita menarik setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan