Sabtu, 15 April 2017

5 Sebab Untuk Tidak Membeli Smartphone JDT FC OLA


Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) dengan kerjasama Exmobile baru saja melancarkan smartphone yang diberi nama JDT FC OLA. Menurut The Star ia menunjukkan kemasukan kelab bolasepak itu ke industri smartphone. Walau bagaimanapun ianya hanyalah sebuah smartphone keluaran Exmobile dengan branding JDT FC. Harga jualan smartphone ini adalah RM599.

Peminat bolasepak tempatan khususnya peminat JDT pastinya teruja melihat smartphone ini dengan megahnya menampilkan logo kelab kesayangan mereka di cover plastik bahagian belakangnya. Tetapi saya lebih suka untuk bercerita dari sudut teknikal dan commercial, saya harap tiada yang melenting dengan saya untuk meletakkan artikel ini.

Barikut adalah 5 sebab saya tidak sarankan anda membeli smartphone ini.



1. Spec mengecewakan

Smartphone ini dikuasakan oleh processor Mediatek MTK6737 quad-core 1.3 GHz dengan RAM 2GB dan storage 16GB. Skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi 720p berserta kamera belakang 8 megapixel dan depan 5 megapixel.

Memang mengecewakan terutamanya pada processor. MTK6737 yang dilancarkan awal tahun lepas sebenarnya digunakan pada model-model low end yang harga antara RM300 ke RM400 contohnya Doogee X5 Max Pro dan Homtom HT17. Tiada jenama besar memilih untuk menggunakan processor ini. 

Di showroom ia mungkin nampak smooth tetapi setelah install segala apps terutamanya yang berjalan di background seperti Whatsapp dan Facebook Messenger, pengguna pastu akan merasakan frame drop ataupun lagging walaupun ketika melusuri home screen. Dari segi penanda aras, Antutu memberikan markah hanya sekitar 30,000 sahaja. Kalau untuk gaming tu faham-faham sendiri lah.

Kamera saya tak boleh komen banyak kerana JDT dan Exmobile tidak berkongsi spec lengkap seperti nilai aperture pada lensa smartphone ini. Kena cuba dulu baru boleh komen.

2. Mahal

Dengan kemasukan smartphone ini dipasaran, ia akan memegang rekod smartphone dengan processor MTK6737 yang paling mahal didunia!! 

Tapi jika mengambil kira dari sudut lain, logo kelab yang dicetak di bahagian belakang membuatkannya unik, mungkin kerana itu ia mahal. Belum tahu lagi pada peringkat software mungkin ada gambar-gambar wallpaper ekslusif Shafiq Rahim atau Aidil Zafuan jadi apa lah sangat extra RM200 tu.


3. Bateri tersangat kecil

Terkejut juga tengok saiz bateri cuma 2000 mAh. Mungkin JDT ada perancangan lain untuk mengeluarkan power bank pulak lepas ni. Ok la kan 2000 mAh + power bank 10,000 mAh.

Tapi tanpa power bank atau charger rasanya kalau aktif berWhatsapp dan berFacebook tak sampai sehari bateri dah habis dulu.

4. Exmobile

Bukan nak jadi stereotype tapi Exmobile masih bukan jenama yang diyakini dari segi kualiti. Kalau Xiaomi, Asus atau Lenovo mungkin lebih menarik. Lagipun jenama-jenama seperti Exmobile ini lebih tertumpu pada smartphone low-end sahaja. 

Ada juga kemungkinan smartphone ini diambil dari catalog ataupun off-the-shelf pengeluar-pengeluar smartphone generic dari China dan dijenamakan semula. Sebab itu juga lah jenama ini hanya tertumpu kepada regional market dan tidak tersenarai dalam laman-laman antarabangsa seperti GSM Arena.

5. Ketersediaan Aksesori

Ini cuma andaian. Kebarangkalian sangat tinggi pengguna smartphone ini akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkankan aksesori-aksesori yang sesuai dipadankan dengan smartphone mereka.


Pilihan ditangan anda

Ya, duit masing-masing, pilihan ditangan anda. Seperti saya katakan tadi, ini masih satu-satunya smartphone yang menampilkan logo JDT di belakangnya tanpa memerlukan back case tambahan dan juga wallpaper-wallpaper ekslusif kelab itu terus dari kotak. Tiada mana-mana smartphone lain mahupun dari Apple, Samsung, Huawei atau Xiaomi yang ada ciri-ciri ini lagi setakat ini.

Akhir kata jika anda big fan dan mahu memiliki smartphone ini sebagai collectible item atau koleksi untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Johor Darul Ta'zim FC, go for it. Tapi jika inginkan sebuah smartphone untuk kegunaan seharian, sangat tidak disyorkan kerana dengan harga sebegitu ada banyak lagi model-model yang lebih berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan