Rabu, 5 April 2017

Alcatel Flash Hadir Dengan 4 Kamera - Pertama Didunia


Alcatel sebuah jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh TCL Corp yang berpangkalan di China kini hadir dengan sebuah model baru yang diberi nama Alcatel Flash. Jangan konfius, model baru ini dari jenama Alcatel dan bukannya jenama Flash yang juga dimiliki TCL.

Apa yang menarik pada model baru Alcatel ini adalah ia dilengkapkan dengan dwi-kamera bukan saja di belakang atau didepan tetapi di kedua-duanya. Ini membuatkan Alcatel Flash mempunyai total 4 kamera kesemuanya.




Dua kamera 13 megapixel salah satunya mengambil gambar berwarna dan satu lagi gambar hitam putih atau monochromatic. Seperti Huawei P9 dan terbaru, P10, kedua-dua gambar ini digabungkan untuk memberikan lebih detail dan kesan bokeh. Selain itu Flash juga membolehkan pengguna melakukan pengfokusan manual serta mengambil video 4k pada 30 fps. Kamera di bahagian depan pula dilengkapkan dengan sensor 8 megapixel dan 5 megapixel juga tampil dengan autofocus dan flash dual-tone.

Kedua-dua kamera depan dan belakang menyokong format gambar RAW yang sangat sesuai untuk photographer mendapatkan gambar yang belum diproses dengan kesemua detail yang diperlukan untuk post-processing. 


Selain itu, spec yang dibawakan oleh model ini adalah skrin 5.5 inci dengan resolusi full HD 1080p, MediaTek Helio X20 bersama-sama RAM 3GB dan internal storage 32GB. Kapasiti bateri agak kecil 3,100 mAh dan memandangkan ia menggunakan X20, ketahanan bateri mungkin akan mengecewakan.

Masih tiada sebarang informasi mengenai tarikh ia Flash akan dipasarkan ataupun harga buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan