Ahad, 2 April 2017

[Review] Xiaomi Redmi 4 Prime - Penerus Legasi Kegemilangan Redmi


Redmi adalah siri telefon pintar keluaran Xiaomi bagi pasaran mid-range berbanding siri Mi yang lebih tinggi. Didalam Redmi pula ada pembahagian iaitu Redmi sahaja untuk skrin kecil dan juga Redmi Note untuk skrin yang lebih besar.

Zaman kegemilangan Redmi boleh dikatakan bermula pada generasi ketiganya dengan Redmi Note 3 dan Redmi 3s dimana Xiaomi dengan jayanya mengangkat model mid-range mereka dengan rekaan dan spec yang lebih premium tetapi mengekalkan harga yang murah. Kehebatan Redmi generasi ke-3 tidak pergi begitu sahaja. Xiaomi bukan saja ingin terus mengekalkannya malah mereka mempertingkatkan lagi pada generasi ke-4 ini.



Pengenalan

Ditangan saya sejak 2 minggu ini adalah Redmi 4 Prime. Ia adalah varian yang paling tinggi dalam keluarga Redmi 4 yang berskrin 5 inci. Dibawahnya terdapat Redmi 4a, Redmi 4 dan juga Redmi 4x. Prime adalah satu-satunya yang membawa skrin full HD dimana yang lainnya hanya 720p.

Dari segi spesifikasi,  Redmi 4 Prime boleh tahan juga hebatnya. Ia boleh dikatakan versi kecil kepada Redmi Note 4 Snapdragon. Selain saiz skrin, semuanya hampir sama malah saiz bateri juga tidak dikurangkan.


Berikut adalah spesifikasi Redmi 4 Prime.


Redmi 4 Prime
Skrin IPS 5" dengan resolusi 1080p (full HD) 441 ppi
Processor Snapdragon 625 Octa-core 2.0 GHz
GPU Adreno 506
RAM 3 GB
Storage Internal 32 GB dan slot microSD pada SIM 2
Kamera belakang 13 megapixel f/2.2 PDAF, video 1080p
Kamera hadapan 5 megapixel f/2.2, video 720p
Bateri 4,100 mAh
OS MIUI 8.2 (Global) berasaskan Android 6.0.1
Lain-lain Pemancar infrared
Gyroscope
Compass

Tidak tahu apa sebabnya Mi Malaysia tidak membawa masuk model ini. Dari keluarga sama, hanya Redmi 4A sahaja yang masuk secara rasmi. Namun perkara ini tidak menjadi masalah. Beberapa grey importer seperti DirectD, 1 Gadget, dan juga Winds Mobile sedia membawa model ini ke pasaran negara ini berserta warranty pada harga dalam lingkugan RM670 hingga RM700.

Yang paling penting MIUI iaitu OS rasmi untuk handphone Xiaomi telah mengeluarkan MIUI 8 versi global bagi Redmi 4 Prime jadi tiada masalah integrasi Google apps pada smartphone ini.

Rekaan dan binaan


Tadi saya katakan tentang premium. Pertama sekali Xiaomi telah mengubah lanskap smartphone mid-range sejak tahun lepas lagi. Jenama-jenama lain terpaksa mengikut jejak dengan membawa metal body ke mid-range setelah Xiaomi melakukannya pada Redmi Note 3.

Seperti mana Redmi Note 4, Redmi 4 Prime juga nampaknya menggunakan rekaan serta evolusi yang sama. Ia menggunakan aloi aluminium sebagai cover belakang dan kali ini penggunaan bahan logam tersebut ditambah sehingga di bahagian bawah  dan atas.


Hanya sedikit ruang panjang diatas kamera yang ditutupi oleh plastik bagi membolehkan signal antenna berfungsi. Kehadiran bahagian plastik ini bagaimanapun nampak sedikit pelik kerana bahagian atas dan bawah nampak tidak sama.

Bahagian sisi di belakang terdapat sedikit lengkungan seakan-akan flagship mereka Mi 5 dan ini membuatkan Redmi 4 Prime ini terasa lebih nipis dari sepatutnya.



Housing unibody aluminium ini diperkemaskan dengan chamfer di bucu depan dan belakang. Bahagian sisi tiada lagi lengkung seperti Redmi sebelum ini sebaliknya Xiaomi memilih rekaan flat ditepi dan ia kelihatan lebih cantik. Cuma kekurangan yang timbul adalah ia terasa sedikit kurang sedap ketika dipegang terutamanya di bahagian depan diantara skrin dan bezel terasa sedikit tajam.

Bahagian atas menempatkan 3.5mm headphone jack, mikrofon kedua dan pemancar infrared
Volume rocker dan button power di sebelah kanan
Lubang di kiri dan kanan bukan bermaksud speaker stereo
Iya, sila maklum yang hanya lubang disebelah kanan sahaja mengeluarkan bunyi. Lubang di sebelah kiri port micro USB pula adalah lubang mikrofon.

Tiga button navigasi back, home, dan menu/recent disusun dibawah skrin. Button-button ini tidak berlampu. Selama saya menggunakannya sering tersilap diantara button back dan recent ketika didalam gelap, apatah lagi sebelum ini menggunakan Zenfone, button back berada di sebelah kiri.


Seperti biasa lampu notification berada di bahagian atas bersama-sama earpiece, camera dan proximity serta light sensor. Lampu LED notifikasi ini mampu menyalakan pelbagai warna, setting-setting lampu notifikasi pada apps contohnya Whatsapp dapat berfungsi dengan baik.


Kaca 2.5D menutupi keseluruhan permukaan hadapan, memang cukup cantik. Sebelum skrin dihidupkan kelihatan seolah-olah tiada bezel di kiri dan kanan. Akan tetapi setelah dihidupkan kelihatan jelas bezel tersembunyi yang agak tebal (>2mm) bukan saja di bahagian sisi malah juga di atas dan bawah skrin. Mungkin lebih baik jika Xiaomi memperbesarkan skrin ke 5.2 inci sambil mengekalkan ukuran handphone ini. Tapi, jangan la expect lebih-lebih, harga pun tak sampai RM700.

Hardware dan multimedia

Skrin - Dengan saiz hanya 5 inci tetapi resolution sebesar full HD, gambar tajam terhasil daripada pixel berkepadatan tinggi, secara tepatnya 441 pixel per inci. Ia hanya menggunakan skrin IPS biasa bukannya Super IPS+ seperti Asus gunakan pada Zenfone 3. Tetapi apa yang mengejutkan saya adalah skrin Redmi 4 Prime pada pandangan saja lebih cantik dari Zenfone 3. 

Perbandingan skrin Redmi 4 Prime (kanan) Zenfone 3
Warna yang terhasil kelihatan lebih tepat dan terang. Kepekatan warna hitam boleh dikatakan above average bagi skrin IPS. Backlight cukup terang membuatkan imej pada skrin masih kelihatan walaupun dibawah terik matahari. Screen brightness ini boleh dikurangkan sehingga tahap sangat malap untuk penggunaan didalam gelap.


Fingerprint scanner - Diletakkan dibawah skrin seperti biasa dapat berfungsi untuk unlock ketika fon dalam keadaan standby walaupun skrin tidak dihidupkan. Selain itu ia juga digunakan untuk snap gambar. Tiada gesture keatas kebawah atau kekiri dan kekanan seperti Huawei. Secara kasarnya boleh saya katakan sensor ini berjaya mengesan cap jari saya dengan betul 8 kali dalam 10 cubaan. Masa untuk unlock diantara satu hingga 2 saat.

Speaker - Kedudukannya di bahagian bawah memang menarik berbanding di belakang yang sering tertutup ketika diletakkan mendatar. Bunyi yang dihasilkan cukup kuat. Tetapi kurang sedap. Kedengaran seperti lebih treble berbanding bass.


Lain-lain - Yang paling menarik adalah pemancar infrared. Mungkin kebanyakan antara kita jarang atau langsung tidak menggunakannya, tapi benda ini kadang-kadang menjadi penyelamat dikala remote tv atau air con tiba-tiba rosak. Selain dari itu Redmi 4 Prime juga lengkap dengan segala sensor yang dijangka seperti gyro, light, step, motion dan compass.

Bateri

Snapdragon 625 menggunakan telnologi 14nm yang dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Skrin tidak terlalu besar ditambah pula dengan bateri bersaiz gergasi, 4100 mAh. Kombinasi menarik untuk mengungguli bidang ini.

Sepanjang penggunaan saya bateri memang tidak menjadi masalah.Caj penuh sekali sehari sudah memadai. Dari segi angka, dengan penggunaan biasa, Whatsapp, FB, browsing dan sedikit game, Redmi 4 Prime mampu bertahan sehingga 22 jam, paling tinggi yang pernah saya guna sebelum ini. Screen-on-time sehingga 6 jam. Ketahanan bateri sememangnya kekuatan nyata phone ini.


Walau bagaimanapun tidak semuanya hebat. Xiaomi membekalkan charger 2.1A dengan plug China, memandangkan set ini adalah imported jadi anda akan memerlukan converter untuk boleh menggunakannya, itu tidak menjadi masalah. Yang kurang menariknya adalah masa yang diperlukan untuk pengecasan.

Dalam masa 1 jam bateri hanya dicas sehingga 50%+ dan dilanjutkan ke jam kedua ia berjaya naik ke 80%. Untuk dapat 100% masa keseluruhan yang dicatatkan adalah 3 jam 8 minit. Xiaomi tidak mengadaptasi mana-mana teknologi pengecasan pantas disini, kapasiti bateri pula sangat besar, dan inilah akibat yang perlu ditanggung.

Sistem - MIUI 8.2, Android 6.0 Marshmallow

2 minggu lepas ia menggunakan MIUI 8.1 tetapi baru 3 hari yang lalu update MIUI 8.2 diedarkan kepada pengguna melalui OTA. Kepada yang pernah menggunakan Xiaomi pastinya sudah terbiasa dengan MIUI ciptaan Xiaomi ini. Saya suka kepada warnanya yang lebih terang dan ceria berbanding stock Android.


Tapi pengubahsuaian Android yang terlalu banyak kadangkala menjengkelkan. Animation atau transition terasa sedikit lambat. Notifikasi pula tidak boleh dikembangkan untuk membaca lebih informasi seperti stock Android, jadi tiada pilihan selain masuk ke app tersebut untuk membaca secara keseluruhan. Launcher tanpa app drawer masih ok kerana launcher 3rd party seperti Nova masih boleh dimuat turun.

Namun tidak semua buruk tentang MIUI 8. Beberapa fungsi-fungsi ekslusif turut ada pada ROM ini. Yang paling menarik perhatian saya adalah Second Space ataupun dalam bahasa, Ruang Kedua. Fungsi ini dapat menjadikan handphone ada 2 dalam 1. 2nd space akan mewujudkan satu lagi sistem dan setiap apps dan file serta setting dalam sistem kedua ini berasingan dengan 1st space atau sistem utama. 

Setelah anda mengaktifkan 2nd space, anda betul-betul bagaikan menggunakan telefon lain. Tambah menarik lagi pengguna dapat menetapkan fingerprint tertentu untuk 2nd space. Contohnya fingerprint pada jari telunjuk untuk unlock 1st space manakala jari hantu untuk terus unlock ke 2nd space. Fungsi yang sangat praktikal untuk mengasingkan sistem untuk kerja dan personal ataupun untuk mengasingkan sistem untuk 2 teman wanita. Ehemmm...

Fungsi ekslusif lain termasuk Dual Apps untuk membolehkan sesuatu apps diklon menjadi satu apps lagi yang berasingan. Seperti Whatsapp pengguna boleh mengaktifkan dua Whatsapp pada telefon ini menggunakan Dual Apps.

Like it or hate it, kadangkala MIUI terasa menjengkelkan tetapi tak dapat dinafikan ia sentiasa membawakan idea-idea yang fresh dan menarik untuk pengguna. Satu lagi kena ingat memandangkan major modification perlu dilakukan pada Android untuk menjadikannya MIUI, telefon Xiaomi adalah antara yang paling lambat menerima update Android terbari, Redmi 4 Prime masih menggunakan Marshmallow, belum tahu lagi bila Nougat akan dapat dirasai.

Performance


Walaupun Snapdragon 625 sebuah cip mid-range, ia masih sebuah processor atau platform yang cukup berkuasa. Tidak hairanlah Asus masih memilih untuk menggunakannya pada Zenfone 3 Zoom yang dipasarkan pada harga mencecah RM2000. Selain power efficient, cip ini sambil dibantu GPU Adreno 506 tidak mempunyai masalah menjalankan apa saja game yang dilontarkan kepadanya. 


Gambar diatas adalah perbezaan pada Epic Citadel kedua-duanya pada resolusi penuh tetapi kualiti berbeza. Redmi 4 Prime unggul pada setting High Quality tetapi sedikit struggle pada Ultra High Quality walaupun masih membawakan 44.7 fps, masih cukup tinggi untuk lag-free gaming.


Benchmark Antutu dengan markah 61k tidak terlalu tunggi jika dibandingkan dengan model-model flagship tetapi pada harga dibawah 700, inilah antara yang terbaik selain Redmi Note 3 yang dilancarkan tahun lepas masih terbaik.

Kamera

Rekaan dan binaan premium yang kemas dan menarik, skrin yang cukup cantik, processor cukup berkuasa. Kesemua ini sama sekali membuatkan saya terlupa yang saya sedang menggunakan handphone yang berharga tak sampai 700. Sehinggakan saya menggunakan kameranya pada waktu malam, terus saya ingat kembali perkara ini. Mid-range kott, what you expect?

Kamera cukup cantik disiang hari

Kamera menggunakan sensor 13 megapixel dengan lens f/2.2. Ia cukup cantik ketika mengambil gambar dalam keadaan cerah disiang hari atau lampu terang. Tetapi pada waktu malam apabila cahaya kurang, shutter perlu dibuka lebih lama malah noise juga agak tinggi. Tanpa cahaya mencukupi, agak susah untuk mengambil gambar terutamanya kanak-kanak yang tak boleh duduk diam. Hasilnya gambar menjadi sedikit blur atau kurang tajam.

Tangan dan subjek perlu dikeraskan untuk mengambil gambar diwaktu malam
UI kamera agak ringkas. Xiaomi memasukkan beberapa mode dan effect pada kamera. Mode manual juga tersedia tetapi setting terhad hanya kepada White Balance dan juga ISO. Dan bagi video pula tiada slow motion, hanya time lapse saja yang ada.

Gambar dari kamera hadapan
Juga tiada apa yang menarik pada kamera hadapan. cantik disiang hari, so-so pada malam hari. Tiada wide lens disini. Video hanya pada resolusi 720p. Selfie mungkin ok tapi bukan pilihan yang baik untuk wefie (selfie berkumpulan).

Ini antara gambar-gambar terhasil dari lensa Redmi 4 Prime




Kesimpulan

Jika mengambil kira harga, Xiaomi sukar untuk ditandingi mana-mana pengeluar lain. Itu memang fakta. Dalam segmen harga begini saya tidak nampak handphone lain yang lebih baik kecuali Redmi Note 3 dan 4 juga dari Xiaomi. Pilihan hanya mengikut keperluan, nak screen besar terus ke Redmi Note, tapi kalau nak screen kecil, inilah pilihan terbaik.


Inilah sebab-sebab mengapa Redmi 4 Prime menjadi pilihan
  • Harga murah dengan spec tinggi
  • Processor powerful
  • Bateri besar + power efficient
  • Design cantik dan premium
  • Skrin memaparkan warna yang cantik
  • Infrared sebagai remote control tersedia
  • Fungsi-fungsi menarik pada MIUI
Ini pula cons pada handphone ini
  • Tiada set rasmi Malaysia (MY set)
  • Button navigation tidak berlampu
  • Kamera kurang cantik terutamanya dalam low-light
  • Pengecasan perlahan
Kesimpulannya pada pandangan saya bagi mereka yang mahukan skrin kecil, premium dan powerful, ini handphone untuk anda.  Tapi jika selfie dan kamera menjadi keutamaan, handphone ini kurang sedikit sesuai.

Akhir kata nantikan lagi review-review menarik di Lepakcc dan jangan lupa like Facebook kami di www.facebook.com/lepakcc atau klik je like kat sidebar tepi tu. See ya.

4 ulasan:

  1. nk charge tukar kabel lain..cari yg support fast charge 2.0-2.4 ambil masa 2jam 30m-45m ..sy guna tiegem cable ..mmg ada beza..btw sy guna redmi 3..kapasiti bateri sama sj dgn 4 prime ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo. Maybe cable ori xiaomi dia pnya resistance tinggi sikit. Thanks for the comment.

      Padam
  2. Tanpa Nama5/4/17 18:35

    untuk kembangkan notifikasi boleh double swipe kebawah pada notification status. screen on time 6 jam untuk skrin 5 inchi is bad. saya pengguna redmi note 4 snapdragon on average SoT 10-11 jam. Maybe MIUI 8.2 drain battery faster sebab saya tak update lagi. anyway bro ada interest utk review wireless joystick utk android & ios tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas tips double swipe tu. SoT tu saya akan check balik lps format. Actually lps update 8.2 system macam kurang stable, lps format seems back to normal so maybe sy blh dpt improvement kt SoT.

      Anyway pasal wireless joystick tu sy belum ada plan. Tp bagus jugak idea tu. Maybe sy akan buat lps ni.

      Terima kasih

      Padam