Ahad, 23 April 2017

[Review] Xiaomi Redmi 4A - Smartphone Murah Terbaik?


3 minggu yang lalu di Lepakcc saya telah review model paling mahal dari siri Redmi 4 iaitu Redmi 4 Prime. Sila klik disini jika anda terlepas membacanya. Kali ini pula saya ingin mengulas lebih lanjut tentang Redmi 4A, model yang paling murah dalam Redmi 4.



Pengenalan


Dengan harga yang ditawarkan RM509 (32GB) dan RM459 (16GB) Redmi 4A tergolong dalam segmen entry level atau mampu milik. Beza harga hampir RM200 berbanding dengan Redmi 4 Prime semestinya tidak banyak yang boleh kita harapkan dengan 4A.




Berikut adalah spesifikasi Redmi 4A.



Redmi 4A
Skrin IPS 5" dengan resolusi 720p (HD) 296 ppi
Processor Snapdragon 425 Quad-core 1.4 GHz
GPU Adreno 308
RAM 2 GB
Storage Pilihan internal 16 atau 32 GB dan slot microSD pada SIM 2
Kamera belakang 13 megapixel f/2.2, video 1080p
Kamera hadapan 5 megapixel f/2.2, video 720p
Bateri 3,120 mAh
OS MIUI 8.2 (Global) berasaskan Android 6.0.1
Lain-lain Pemancar infrared
Gyroscope
Compass

Redmi 4A adalah satu-satunya wakil dari siri Redmi 4 yang dibawa masuk secara rasmi oleh Mi Malaysia. Ia dijual oleh Mi Malaysia di official store mereka di Lazada dan juga oleh pengedar-pengedar sah di seluruh negara.

Rekaan dan binaan



Disebabkan harganya jatuh ke entry level, tiada lagi cover logam di belakang ataupun di sisi. Tapi Xiaomi bijak juga kerana cover plastik ini direka supaya kelihatan seolah-oleh logam. Gabungan warna dan texture pada plastik ini ditambah pula garisan antenna "palsu" diatas dan dibawah yang sengaja dibuat untuk menampakannya seperti aliminium.

Binaan plastik ini membolehkan Redmi 4A menjadi lebih ringan. Ia terasa kurang kukuh tambahan pula jika sudah terbiasa dengan metal body sebelum ini. Jika cuma memandang padanya, Redmi 4A masih kelihatan cantik, langsung tidak nampak murah.


Terdapat 3 pilihan warna iaitu dark grey, gold dan rose gold. Yang ada pada saya ketika ini adalah dark grey, yang menggunakan panel hadapan berwarna hitam. Selainnya menggunakan panel putih.


4A menggunakan kaca flat biasa bukannya jenis 2.5D. Cover balakang jenis unibody menutupi keseluruhan permukaan belakang dan kesemua sisi. Slot kad SIM dan SD diletakkan di sisi kiri.


Di sebalah kanan menempatkan volume rocker dan power button dimana button-button ini juga dari bahan plastik.


Pemancar infrared, mikrofon kedua dan headphone jack di bahagian atas dan di bahagian bawah pula menempatkan slot micro USB.


Sedikit luar biasa, lampu notifikasi diletakkan di bahagian bawah, berdekatan button home. Walau bagaimanapun ia mampu menyalakan pelbagai warna seperti Redmi yang lain.

Bezel di sekeliling skrin agak tebal. Diukur secara kasar lebih kurang 4.5mm dari sisi kanan dan kiri. Namun boleh saya katakan ini perkara biasa bagi low end atau entry level.


Saiz serta tebal smartphone ini membuatkannya selesa dipegang. Beratnya yang cuma 130 gram terasa sangat ringan membuatkan feeling handphone ini kurang solid.

Kesimpulannya dari segi rekaan Xiaomi masih mempu memberikan sesuatu yang agak memuaskan walaupun ianya dijual murah. Texture matte di belakang adalah keputusan bijak berbanding shining yang membuatkannya kelihatan terlalu plastik.

Hardware dan multimedia

Skrin - Paparan Redmi 4A bersaiz 5 inci dan memaparkan imej pada resolusi 720p dengan pixel berkepadatan 296 ppi. Xiaomi menggunakan panel IPS dimana pada pemerhatian saya warna yang dipaparkan berada pada tahap average bagi smartphone dengan harga sebegini.


Tiada masalah dengan viewing angle, imej masih kelihatan walau pada sudut extreme. Backlight cukup terang untuk digunakan dibawah cahaya matahari dan boleh dilaras ke tahap sangat malap untuk penggunaan dalam gelap. Yang menarik adalah Xiaomi masih mengekalkan light sensor untuk mengawal auto brightness walaupun ini adalah smartphone budget.


Speaker - Kesemua Redmi generasi ke-4 memiliki speaker di bahagian sisi bawah, kecuali Redmi 4A. Speaker pada model ini ditempatkan di bahagian belakang seperti generasi sebelumnya. Kekurangan bagi konfigurasi begini adalah ia mudah tertutup terutamanya diletakkan atas permukaan lembut. Xiaomi menanganinya dengan membuat sedikit bonjol atau pivot dibawah speaker untuk mengelakkan lubang speaker tertutup, namun ia hanya berfungsi dengan baik pada permukaan keras.

Bunyi yang dihasilkan jika dibandingkan dengan Prime ia lebih perlahan tetapi bunyinya lebih sedap didengar. 


Lain-lain - Jarang sekali dapat melihat IR blaster pada model-model low end namun Redmi 4A masih memilikinya. Seperti biasa Xiaomi melengkapkannya dengan app Mi Remote untuk membolehkan pengguna mengawal pelbagai pekakas rumah seperti TV, set top box, penghawa dingin dan lain-lain. Pengguna juga boleh memasang apps lain untuk menggunakan pemancar infrared ini.

Selebihnya 4A juga lengkap dengan gyroscope, motion sensor, step counter, compass dan lain-lain. Kerap kali pengeluar lain terutamanya Samsung sering mengabaikan sensor-sensor ini pada model-model murah seperti siri J. Syabas Xiaomi.

Suka juga saya katakan disini yang Redmi 4A menangkap signal selular dengan cukup kuat. Ditempat kerja saya menggunakan rangkaian Digi, line sering berubah ke 3G kerana 4G kurang kuat, tetapi Redmi 4A dapat menangkap 4G dengan begitu konsisten. Keadaan sama juga ketika pulang ke kampung.

Bateri

3120 mAh jika mengukut standard hari ini boleh dikatakan average. Ia tidak besar seperti Redmi 4X dan 4 Prime kerana harganya lebih murah. Pengalaman sebenar saya mendapati Redmi 4A hanya ngam-ngam untuk memenuhi keperluan penggunaan saya seharian ditempat kerja. Saya lebih selesa untuk mengecas semula pada waktu petang jika tidak ia tidak dapat bertahan untuk penggunaan diwaktu malam.


Secara tepatnya saya hanya dapat screen on time 5 jam 8 minit dan jumlah masa keseluruhan dari  100% ke 0% sehingga 15 jam bagi penggunaan sederhana.


Redmi 4A didatangkan bersama-sama dengan power adaptor 5V 2A. Set rasmi Mi Malaysia menggunakan plug 3 pin standard seperti yang sepatutnya. Namun masa mengecas agak panjang. Untuk mengecas penuh 4A mengambil masa sehingga 3 jam.

Sistem - MIUI 8.2, Android 6.0 Marshmallow

Boleh dikatakan segala fungsi MIUI 8.2 yang ada pada Redmi lain ada pada 4A. Cuma fungsi yang melibatkan fingerprint sahaja dibuang kerana 4A tiada harware tersebut.


Seperti saya tulis sebelum ini, MIUI 8 membawa UI yang cantik tapi pengubahsuaian Android yang terlalu banyak kadangkala menjengkelkan. Animation atau transition terasa sedikit lambat. Notifikasi pula memerlukan pengguna swipe 2 jari untuk dikembangkan dan launcher tanpa app drawer.

Namun tidak semua buruk tentang MIUI 8. Beberapa fungsi-fungsi ekslusif turut ada pada ROM ini. Yang paling menarik perhatian saya adalah Second Space ataupun dalam bahasa, Ruang Kedua. Fungsi ini dapat menjadikan handphone ada 2 dalam 1. 2nd space akan mewujudkan satu lagi sistem dan setiap apps dan file serta setting dalam sistem kedua ini berasingan dengan 1st space atau sistem utama. 

Setelah anda mengaktifkan 2nd space, anda betul-betul bagaikan menggunakan telefon lain. Tanpa kehadiran fingerprint scanner, pengguna boleh menggunakan PIN atau pattern tertentu untuk kerus ke ruang kedua ini.

Fungsi ekslusif lain termasuk Dual Apps untuk membolehkan sesuatu apps diklon menjadi satu apps lagi yang berasingan. Seperti Whatsapp pengguna boleh mengaktifkan dua Whatsapp pada telefon ini menggunakan Dual Apps.

Like it or hate it, kadangkala MIUI terasa menjengkelkan tetapi tak dapat dinafikan ia sentiasa membawakan idea-idea yang fresh dan menarik untuk pengguna. Satu lagi kena ingat memandangkan major modification perlu dilakukan pada Android untuk menjadikannya MIUI, telefon Xiaomi adalah antara yang paling lambat menerima update Android terbari, Redmi 4A masih menggunakan Marshmallow, belum tahu lagi bila Nougat akan dapat dirasai.

Performance

Snapdragon 425 menggunakan empat teras Cortex A53 yang digerakkan pada kadar 1.4 GHz, ia bukanlah processor yang menumpukan performance tetapi lebih kepada kos. Walau bagaimanapun melusuri sekitar launcher dan apps dan game-game ringan processor ini masih mampu menjalankannya tanpa masalah.


Tapi untuk game yang lebih serius seperti GTA San Andreas, kualiti visual perlu diturunkan terlebih dahulu jika ingin bermain dengan grafik lancar. Saya juga mencuba game membina taman tema RCT Touch, ianya lancar hanya ketika taman tema anda masih kosong.



Benchmark menunjukkan performance Redmi 4A berada pada tahap biasa bagi sebuah low end. Ia bukan untuk serious gamer, walaupun ia masih menjanjikan pengalaman menjalankan apps tanpa lag.

Kamera


Kamera utama 13 megapixel ditempatkan di sudut atas bersama-sama flash 1 LED. Performance kamera ini cukup saya katakan, meet expectation. Gambar siang hari cukup ok tetapi dengan lensa f/2.2, foto tanpa pencahayaan yang cukup akan menghadirkan noise yang tinggi serta bukaan shutter yang lama sekaligus gambar kurang tajam.

Bergambar diwaktu siang cukup ok
Agak sukar mengambil gambar yang tajam diwaktu malam
Mengambil video pula boleh dilakukan pada resolusi maksimum 1080p bagi kamera belakang dan 720p pada kamera hadapan. Video kelihatan ok tetapi audio kurang memuaskan. Hanya suara si pengambil video sahaja yang jelas kedengan yang lain samar-samar bunyinya.

Ini antara gambar-gambar terhasil dari lensa Redmi 4A




Kesimpulan

Redmi 4A walaupun ada kekurangannya sendiri tetapi akhirnya harga menjadi penentu. Tiada pengeluar lain dapat memberikan 32GB internal storage pada harga sekitar RM500. Dan ia hadir dengan sensor lengkap, tidak seperti low end lain yang kebanyakannya tiada gyro serta compass.


Inilah sebab-sebab mengapa Redmi 4A menjadi pilihan
  • Harga murah dengan spec tinggi bagi low end
  • Binaan solid dan tak nampak murah
  • Infrared sebagai remote control tersedia
  • Fungsi-fungsi menarik pada MIUI
  • Sensor lengkap
  • Kuat menarik rangkaian
Ini pula cons pada handphone ini
  • Speaker di belakang
  • Button navigation tidak berlampu
  • Kamera kurang cantik terutamanya dalam low-light
  • Pengecasan perlahan
  • Audio pada video recording kurang memuaskan
Kesimpulannya bagi saya Xiaomi telah melakukan sesuatu yang sukar ditandingi pengeluar lain bagi julat harga sebegini. Cuma pendapat peribadi saya, kalau boleh tambah RM100 lagi dan dapatkan Redmi 4X yang lebih premium dan lengkap dengan fingerprint scanner.

Akhir kata nantikan lagi review-review menarik di Lepakcc dan jangan lupa like Facebook kami di www.facebook.com/lepakcc atau klik je like kat sidebar tepi tu. See ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan