Sabtu, 8 April 2017

Unifi Lite Akan Hadir Menyelamatkan Pengguna Streamyx 8Mbps


Jika ada berada dalam situasi dimana kediaman anda berada diluar kawasan liputan jalur fiber dan anda masih mahu mendapatkan internet talian tetap terbaik untuk mengubati kehausan internet anda tanpa had, maka jawapannya adalah Streamyx.

Dan pakej terbaik Streamyx pada ketika ini adalah 8 Mbps. Pengguna macam saya yang tiada pilihan mungkin kebanyakannya pasrah dan akur dengan speed sebegini walaupun terpaksa membayar bil bulanan hampir sama dengan Unifi Pro 30Mbps. Yang lebih menyedihkan di zaman cloud computing ini kami masih tersangkut dengan upload zaman dinosour 512 kbps. Nak upload file 1GB dari malam sampai pagi la jawabnya.

Tapi segalanya bakal berubah. Kedengaran desas-desus mengatakan satu pelan baru Unifi yang dinamakan Unifi Lite bakal hadir bukan sahaja di kawasan fiber malah juga di kawasan-kawasan Streamyx. Ia akan menggunakan modem VDSL berbanding ADSL pada Streamyx sedia ada. Dan yang paling sedap didengar Unifi Lite akan membawakan internet berkelajuan 10 Mbps download serta 5 Mbps upload.



Gambar diatas dari sumber Facebok MY Net Advisor dan info ini diperkuatkan lagi dengan pengesahan dari TM Live Chat yang mengatakan pelan baru ini akan dilancarkan pada bulan ini juga. Harga pakej Unifi Lite ini mungkin RM150 sebulan.

Cuma yang masih belum diketahui setakat ini, adakah pengguna Streamyx yang masih terikat kontrak layak bertukar ke pelan ini? Dan setakat mana coverage Unifi Lite kepada pengguna Streamyx sedia ada?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan