Selasa, 30 Mei 2017

Nokia Melancarkan Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6 dan Nokia 3310 Untuk Pasaran Malaysia


Penantian kini berakhir. Nokia baru dibawah HMD Global hari ini melalui satu acara yang berlangsung di Subang Jaya telah melancarkan trio smartphone Android mereka untuk pasaran tempatan. Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6, serta tak lupa Nokia 3310 versi 2017 pertama sekali diperkenalkan Februari lalu di Barcelona melalui acara MWC 2017.


Nokia 3310 yang diberi nafas baru akan menjadi Nokia (dibawah HMD) yang pertama berada di pasaran apabila ia akan mula dijual seawal minggu pertama bulan Jun. Smartphone 2G ini mengekalkan rekaan ikonik Nokia 3310 yang menjadi trend pada awal abad ini dengan beberapa penambahan seperti skrin warna yang lebih besar dan kamera serta dual SIM. Harga yang ditawarkan untuk sebuah phone basic ini adalah RM239 termasuk GST.


Seterusnya adalah Nokia 3, entry level ataupun model paling murah antara ketiga-tiga smartphone Android mereka. Yang menariknya ia tidak kelihatan murah dan Nokia masih menggunakan aluminium frame untuk entry level mereka. Kaca skrin bersaiz 5" ini menggunakan Corning Gorilla Glass serta polarized screen untuk meningkatkan tahap penglihatan walaupun dibawah terang matahari.



Empat warna ditawarkan iaitu Matte Black, Silver, Tempered Blue dan warna Copper. Model ini akan mula dijual bermula pertengahan Jun 2017.


Nokia 5 pula dipertingkatkan dari segi spec dan berskrin 5.2 inci juga dengan Corning Gorilla Glass dan binaan unibody dari satu blok aluminium. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 430 dengan RAM 2GB serta internal 16GB. Fingerprint scanner ditempatkan di bahagian depan dibawah skrin dan skrin boleh di unlock untuk terus ke home screen dengan hanya menyentuh pengimbas ini ketika dalam keadaan standby.

Harga Nokia 5 ditawarkan pada RM799, ia akan mula berada di pasaran sebelum akhir Jun 2017.


Akhir sekali ialah Nokia 6. Ia tampil lebih besar benbanding Nokia 5 dengan skrin 5.5 inci. Ia masih mengekalkan Snapdragon 430 tetapi dengan RAM 3GB dan internal storage 32GB. Penambahan Dolby Atmos juga menjadi perhatian pada model ini.

Harga jualan Nokia 6 adalah RM999 dan trikh kemunculannya sama seperti Nokia 5. Nokia juga turut berkongsi informasi yang Nokia 6 Arte Black juga akan muncul secara limited edition dengan beberapa panambahan dari segi spec serta panel belakang "Arte Black" yang berkilat seolah-olah Jet Black pada iPhone.

Kami di Lepakcc dalam posting seterusnya akan berkongsi pendapat kami tentang ketiga-tiga Android baru dari Nokia ini. Stay tune. Jangan lupa like facebook.com/lepakcc.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan