Ahad, 28 Mei 2017

[Review] Xiaomi Redmi 4X - Berperencah cukup rasa


Sebelum ini di Lepakcc kami dah pun review 2 varian dari model Redmi 4 dari top spec Redmi 4 Prime dan yang paling murah iaitu Redmi 4A. Kini untuk melengkapkan keluarga Redmi 4 ini, kami bawakan pula Redmi 4X, model pertengahan yang dijual secara rasmi oleh Mi Malaysia pada harga RM679.

Pengenalan


Dari segi harga 4X RM170 lebih tinggi berbanding Redmi 4A versi 32GB. Dengan harga itu pengguna dapat binaan logam, fingerprint scanner, bateri lebih besar serta processor yang lebih pantas sebagai pulangan. Namun jika dibandingkan dengan 4 Prime, ia ketinggalan pada resolusi skrin (720p berbanding 1080p) serta processor Snapdragon 625 pada Prime lebih berprestasi tinggi.

Seperti biasa, kita lihat dulu spec lengkap Xiaomi Redmi 4X versi rasmi Mi Malaysia lengkap dengan sticker Sirim dan charger 3 pin.



Redmi 4X
Skrin IPS 5" dengan resolusi 720p 294 ppi
Processor Snapdragon 435 Octa-core 1.4 GHz 64-bit
GPU Adreno 505
RAM 3 GB
Storage Internal 32 GB dan slot microSD pada SIM 2
Kamera belakang 13 megapixel f/2.0 PDAF, video 1080p
Kamera hadapan 5 megapixel f/2.2, video 720p
Bateri 4,100 mAh
OS MIUI 8.2 (Global) berasaskan Android 6.0.1
Lain-lain Pemancar infrared
Gyroscope
Compass

Rekaan dan binaan


Warna hitam legam yang ada ditangan saya sekarang ni memang nampak sangat cun. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan grey dan gold, sekali-sekala hitam legam macam ni menarik jugak. Kalau dulu-dulu handphone warna hitam biasa tetapi sejak Apple lebih mengutamakan warna putih dan gold, pengeluar lain pun ikut sekali. Kini bila Apple menampilkan jet black, hitam kembali terkenal.


Tapi hitam pada Redmi 4A ni bukan seperti jet black tetapi lebih kepada matte black. Seperti mid-range yang lain, cover logam di belakang tidak meliputi keseluruhan badannya sebaliknya bahagian "cap" diatas dan dibawah menggunakan plastik untuk menempatkan segala antenna yang ada padanya. Branding "Mi" serta tulisan lain di belakang sangat kabur dan agak sukar untuk dibaca, bagi saya bagus juga untuk mengekalkan panel balakang kelihatan kemas dan elegan.


Speaker menghala kebawah, tiada stereo speaker disini dimana lubang di sebelah kiri sebenarnya adalah lubang mikrofon. 3 button kapasitif dibawah skrin tidak berlampu, sama kes seperti 4 Prime. Kaca 2.5D digunakan pada model ini.

Volume rocker dan button power di sebelah kanan diperbuat dari plastik. Jika anda terbuasa dengan button besi, sedikit perbezaan dapat dirasakan ketika menekan button-button ini hanya ketika menekannya buat pertama kali. Tactile feedback rasa sedikit kurang.


Bahagian atas menempatkan headphone jack, mikrofon kedua dan seperti biasa, Xiaomi tidak lupa untuk menyertakan pemancar infrared.


Kedudukan kamera terletak di bahagian sama seperti 4A di sudut atas manakala pengimbas cap jari berbentuk bulat di tengah.



Dari segi design walaupun ada minor things yang kurang menarik, Redmi 4X versi hitam ini jika dilihat secara terus memang kelihatan cantik dan solid. Saiz dan berat cukup balanced.

Hardware dan multimedia

Skrin - Paparan Redmi 4A bersaiz 5 inci dan memaparkan imej pada resolusi 720p dengan pixel berkepadatan 296 ppi. Xiaomi menggunakan panel IPS dimana pada pemerhatian saya warna yang dipaparkan berada pada tahap average bagi smartphone dengan harga sebegini.

Tiada masalah dengan viewing angle, imej masih kelihatan walau pada sudut extreme. Backlight cukup terang untuk digunakan dibawah cahaya matahari dan boleh dilaras ke tahap sangat malap untuk penggunaan dalam gelap. Yang menarik adalah Xiaomi masih mengekalkan light sensor untuk mengawal auto brightness walaupun ini adalah smartphone budget.


Speaker - Speaker mono yang diletakkan di bahagian sisi bawah ini bagi saya berada pada tahap average. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Ia lebih baik dari push untuk bunyi yang kuat tapi tidak berkualiti seperti Redmi 4 Prime.

Lain-lain - Selain dari pemancar infrared, Redmi 4X juga dilengkapkan dengan gyroscope, motion sensor, step counter, dan compass.

Bateri

Cukup dengan hanya melihat spec, dengan kapasiti besar dan skrin kecil serta processor yang menjimatkan, Redmi 4X tiada masalah untuk bertahan sehingga 2 hari pada penggunaan biasa.

Tanpa fast charging, hanya dengan charger 5V 2A, bateri besar ini memakan masa 2 jam 40 minit untuk dicas penuh.

Sistem - MIUI 8.2, Android 6.0 Marshmallow

Redmi 4X membawa semua fungsi yang ditawarkan pada MIUI 8. Sama seperti Redmi 4 Prime dan juga siri Redmi Note ataupun flagship siri Mi 5.


Seperti saya tulis sebelum ini, MIUI 8 membawa UI yang cantik tapi pengubahsuaian Android yang terlalu banyak kadangkala menjengkelkan. Animation atau transition terasa sedikit lambat. Notifikasi pula memerlukan pengguna swipe 2 jari untuk dikembangkan dan launcher tanpa app drawer.

Namun tidak semua buruk tentang MIUI 8. Beberapa fungsi-fungsi ekslusif turut ada pada ROM ini. Yang paling menarik perhatian saya adalah Second Space ataupun dalam bahasa, Ruang Kedua. Fungsi ini dapat menjadikan handphone ada 2 dalam 1. 2nd space akan mewujudkan satu lagi sistem dan setiap apps dan file serta setting dalam sistem kedua ini berasingan dengan 1st space atau sistem utama. 

Setelah anda mengaktifkan 2nd space, anda betul-betul bagaikan menggunakan telefon lain. Tanpa kehadiran fingerprint scanner, pengguna boleh menggunakan PIN atau pattern tertentu untuk kerus ke ruang kedua ini.

Fungsi ekslusif lain termasuk Dual Apps untuk membolehkan sesuatu apps diklon menjadi satu apps lagi yang berasingan. Seperti Whatsapp pengguna boleh mengaktifkan dua Whatsapp pada telefon ini menggunakan Dual Apps.

Like it or hate it, kadangkala MIUI terasa menjengkelkan tetapi tak dapat dinafikan ia sentiasa membawakan idea-idea yang fresh dan menarik untuk pengguna. Satu lagi kena ingat memandangkan major modification perlu dilakukan pada Android untuk menjadikannya MIUI, telefon Xiaomi adalah antara yang paling lambat menerima update Android terbari, Redmi 4A masih menggunakan Marshmallow, belum tahu lagi bila Nougat akan dapat dirasai.

Performance

Snapdragon 435 menggunakan empat teras Cortex A53 yang digerakkan pada kadar 1.4 GHz, ia berada sedikit diatas 425 yang ada pada 4A. Dari segi penggunaan biasa kedua-duanya tiada masalah lag.

Beralih ke gaming, Redmi 4X kelihatan lebih capable berbanding 4A. Ia dibuktikan dengan markah benchmark yang lebih tinggi.




Jangan set expectation terlalu tinggi, walaupun 4X mampu bermain semua mobile game tetapi ia bukanlah pada setting grafik tahap tertinggi. Oppo A57 juga menggnakan processor sama serta membawakan performance sama, tapi harganya lebih RM1k.

Kamera


Kamera dengan sensor 13 megapixel dengan lens f/2.0 menggunakan kaedah Phase Detection Auto Focus serta dibantu oleh LED tunggal untuk pencahayaan jarak dekat.


Kamera ini dapat mengambil gambar yang boleh dikatakan cantik dalam keadaan cahaya yang mencukupi.


Dalam pencahayaan yang kurang noise dapat dilihat namun tidak begitu jelas. Ia masih pada tahap acceptable. Seperti mid-range yang lain, image blur akan berlaku jika tangan tidak begitu stabil kerana shutter perlu dibuka lebih lama dan ketiadaan image stabilizer pada kamera ini.



Untuk bahagian kamera saya boleh katakan ia lebih kurang sama dengan Redmi 4 Prime walaupun dengan aperture yang sedikit lebih besar. Masih kamera yang baik untuk kelas pertengahan.

Kesimpulan


Bagi saya Redmi 4X membawakan pakej terbaik pada harganya. Ia cantik, solid serta lengkap. Cuma saingannya mungkin Redmi 4 Prime yang beza harga tidak terlalu banyak tetapi mendahului dari segi spec. Namun tiada set rasmi bagi Prime dan mungkin tidak semua sukakannya.

Inilah sebab-sebab mengapa Redmi 4X menjadi pilihan
  • Set rasmi Mi Malaysia dengan warranty tempatan
  • Harga murah dengan spec tinggi bagi low mid-range
  • Warna hitam yang cantik
  • Binaan solid dengan metal body
  • Infrared sebagai remote control tersedia
  • Fungsi-fungsi menarik pada MIUI
  • Sensor lengkap

Ini pula cons pada handphone ini
  • Button navigation tidak berlampu
  • Pengecasan perlahan
Akhir kata nantikan lagi review-review menarik di Lepakcc dan jangan lupa like Facebook kami di www.facebook.com/lepakcc atau klik je like kat sidebar tepi tu. See ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan