Isnin, 29 Mei 2017

Tiba-tiba Viral Kononnya AisAsia Nak Beri Tiket Percuma


Hari ni terperasan ramai kawan-kawan di Facebook dan group Whatsapp berkongsi link kononnya AirAsia nak bagi 2 tiket percuma sempena ulangtahun mereka yang ke-28. Pertama sekali sila maklum yang AirAsia Berhad tahun ini berusia 23 tahun bukannya 28 tahun.

Dan yang kedua, lihat betul-betul link tersebut, ianya bukan airasia.com tetapi airasia.com-2017-giveb.us dimana kedua-dua URL ini walaupun kelihatan nak sama tetapi ianya totally domain yang berbeza.

Modus operandi scam ini adalah

1. Meminta orang yang terkena menyebarkan link ini melalui Facebook dan group Whatsapp.
2. Dengan menggunakan nombor telefon bimbit mangsa, sistem ini akan melanggan ke servis premium melalui SMS yang berharga RM4.

Jadi penyebaran ini dilakukan oleh mangsa dan mangsa kedua akan terus menyebarkan secara berangkai. Kalau satu hari 10,000 orang sebar, kaya penyamun ni.

Jadi tolong jangan mudah terpedaya dengan segala tawaran palsu ini. Be smart.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan