Isnin, 12 Jun 2017

Honor Memperkenalkan Flagship Terbaru Honor 9


Honor yang merupakan sub-brand kepada Huawei hari ini memperkenalkan Honor 9 bagi menggantikan flagship sedia ada, Honor 8. Honor 9 tampil dengan dual camera serta cover belakang kaca sama seperti Honor 8 tetapi dengan beberapa pembaharuan dari segi rekaan dan spesifikasi.

Tampil mantap Honor 9 dilengkapkan dengan RAM 6GB serta internal storage 128GB bagi varian tertinggi manakala 4GB dan 64GB untuk varian yang lebih rendah. Processor paling pantas dari keluarga Kirin keluaran Huawei, Kirin 960 digunakan untuk menguasakan Honor 9, processor ini juga digunakan pada flagship Huawei P10 dan Mate 9.




Selainnya ia menggunakan skrin full HD bersaiz 5.15 inci dan yang paling menarik kamera utama berkembar yang masing-masing dilengkapkan dengan sensor 20-megapixel monochrome dan 12-megapixel RGB. Teknik menggabungkan gambar seperti Huawei P9 dan P10 digunakan pada Honor ini, cuma tanpa kehadiran lens Leica sahaja.

Honor 9 dilengkapkan dengan bateri 3200 mAh dan di bahagian software ia menggunakan OS Android 7.0 Nougat dengan EMUI 5.1.

Harga jualan yang diumumkan bermula 2299 Yuan di China bersamaan RM1442. Harga ini sedikit lebih mahal jika dibandingkan dengan Honor 8 ketika dilancarkan tahun lepas iaitu pada harga 1999 Yuan. Harga yang akan ditawarkan untuk pasaran tenpatan kelak boleh dijangkakan RM1499 untuk versi 4GB/64GB.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan