Rabu, 14 Jun 2017

Percaturan Antara Dua Flagship Xiaomi Mi 6 Dan Honor 9


Berikutan pegumuman model flagship Honor 9 semalam, mungkin ada yang dah berhajat untuk membeli Xiaomi Mi 6 berhenti sekeika dan berfikir semula kerana flagship terbaru anak kepada Huawei itu sangat sukar untuk diabaikan. Mana tak nya Honor 9 tampil membawa segala spesifikasi menarik yang ada pada Huawei P10 cuma tanpa lensa berjenama Leica. Dan yang paling menarik ia ditawarkan pada harga lebih kurang sama dengan Xiaomi Mi 6.

Xiaomi Mi 6 dilancarkan lebih kurang 2 bulan lalu di Beijing sambil disaksikan oleh peminat dan pemerhati di seluruh dunia melalui live streaming dari website mereka. Yang menarik perhatian adalah hardware yang memperkasakan smartphone ini terdiri dari processor terpantas Snapdragon 835 dengan 8 teras Kryo serta GPU Adreno 540 untuk memproses grafik bersama-sama RAM sebesar 6GB.




Tambah menarik ia menampilkan Mi 6 dual camera yang menggunakan set up seperti iPhone 7 Plus dimana kamera wide-angle digabungkan dengan kamera kedua dengan lensa 52mm "telephoto" untuk menghasilkan sudut gambar yang lebih luas dan kesan depth of field atau juga dipanggil bokeh yang lebih dalam. Kamera ini juga berupaya melakukan zoom optikal lossless 2x serta dibantu optical image stabilization 4-axis. Untuk rekod, Xiaomi Mi 6 adalah smartphone berskrin kecil (5.15") pertama yang menggunakan dual camera dengan set up sebegini.

Beralih ke Honor 9, smartphone kebanggaan Honor ini tampil gagah dengan reputasi yang ada pada jenama induknya Huawei. Smartphone ini dikuasakan oleh processor keluaran HiSilicon, juga salah satu anak syarikat Huawei. HiSilicon Kirin 960 adalah yang terpantas dari keluarga Kirin, secara kasarnya ia sedikit kurang berkuasa berbanding Snapdragon 835 tetapi dari perpektif pengguna, tidak ada bezanya diantara kedua-dua processor ini.


Kamera yang ada pada Honor sedikit berbeza dengan Mi 6. Ia menggabungkan kamera warna atau RGB bersama-sama kamera hitam putih atau monochrome, set up ini pertama kali digunakan pada Huawei P9 dan Honor 8. Ia terbukti dan sudah diketahui umum adalah antara kamera terbaik yang ada pada smartphone. Juga tampil dengan kebolehan zoom optikal 2x dan fokus dilakukan oleh laser dan PDAF.

Dari segi design, kedua-duanya menggunakan panel balakang yang diperbuat dari kaca, tapi Honor mungkin lebih menyerlah dengan kesan pantulan khas yang berubah mengikut warna cahaya. Bagi anda yang rasakan audio port 3.5mm adalah satu keperluan, Honor adalah pilihan muktamad kerana Xiomi lebih berminat mengikut jejak langkah Apple untuk tidak menyediakan lubang earphone ini pada Mi 6. Juga Honor 9 mempunyai pemancar IR dan slot micro SD manakala Mi 6 tiada.

Apa pula kelebihan Mi 6? Of course Snapdragon 835, mobile processor dengan teknologi proses 10nm paling pantas pada ketika ini. Xiaomi ada splash resistance membolehkan anda menggunakannya dibawah hujan dengan tenang. Untuk yang inginkan sesuatu yang lebih premium, Xiaomi menyediakan varian seramik dengan harga sedikit lebih tinggi.

Dan yang paling penting, harga. Honor tampil lebih murah dengan yang bagi varian paling basic RM 1441* tetapi hanya dengan RAM 4GB. Jika bandingkan versi 6GB/64GB, Mi 6 lebih murah dengan hanya RM 1566* berbanding Honor RM 1692*.


RAM / Internal storage Xiaomi Mi 6 Honor 9
4GB / 64GB RM 1441*
6GB / 64GB RM 1566* RM 1692*
6GB / 128GB RM 1817* RM 1880*
6GB / 128GB Ceramic RM 1880*

*Harga pertukaran terus dari Yuan ke Ringgit pada kadar ketika artikel ini ditulis

Dari jadual harga diatas dapat disimpulkan Mi 6 sedikit lebih murah berbanding Honor 9 tetapi Honor memberikan pilihan varian yang lebih rendah untuk pilihan pengguna.

Akhir kata, hanya pandangan peribadi, saya memilih Honor 9. Hanya kerana saya rasakan saya tidak memerlukan RAM sebesar 6GB dan tidak perlu saya membayar lebih untuknya. Bagaimana pula dengan anda?

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama14/6/17 12:15

    Kamera Mi6 adalah yg terbaik ketika ini samada setanding ataupun lebih baik drpd Iphone7... Mengikut review yg sy baca berbanding Mi6 berada dikelas yg lebih baik setaraf P10 dan iPhone 7...Boleh tuan beri ulasan..kerana Kamera juga menjadi daya penarik terhadap sesebuah telefon.

    BalasPadam