Lepak CC
Info Teknologi Smartphone

[Ulasan] ASUS ZenFone Max (M2) – Fon Bajet Dengan Taring

62%
  • Design
  • Hardware
  • Software
  • Kamera
  • Harga

Siri ZenFone Max dengan huruf “M” kini semakin popular dikalangan pengguna mid-range, sejak ASUS mengeluarkan ZenFone Max Pro M1 tengah tahun lepas. Populariti itu diteruskan dengan Max Pro M2 dengan design yang lebih updated serta spec yang lagi best.

Tapi hari ni kita bukan nak bercakap pasal Max Pro M2, tapi pilihan yang lebih murah, Max M2, tanpa Pro. Nama rasminya ASUS ZenFone Max (M2) atau ZB633KL atau kod nya X01AD. Pada masa review ini ditulis, harga rasmi smartphone ini hanya RM699.

Spesifikasi

Asus ZenFone Max (M2) ZB633KL / X01AD
SkrinIPS 6.3″ HD+ 1520 × 720
269 ppi / notch
19:9 aspect ratio
88% screen to body ratio
SoCQualcomm® Snapdragon™ 632
14nm / 64 bit / 8-core
8 × Kryo 260 @ 1.8 Ghz
GPUAdreno 506
RAM4GB
Storage32GB internal
Slot micro SD dedicated max 512GB
Kamera Belakang13MP f/1.8
PDAF
Flash LED tunggal
Electronic Image Stabilization untuk video

Kamera kedua 2MP
Depth sensing
Kamera Hadapan8MP f/2.0
Flash LED tunggal (softlight)
Face recognition
Bateri4,000 mAh
OSAndroid 8.1 Oreo
Stock Android
Lain-lainLTE Cat5 UL 75Mbps / Cat6 DL 300Mbps
Wifi a/b/g/n 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Compass / Gyroscope
Micro USB
GPS/GLONASS
Radio FM
Aksesori didalam kotakCharger 10W
Earphone + 2 pasang earplug pelbagai saiz
Silicone case
Kabel micro USB
Pin SIM ejector
Video unboxing Zenfone Max (M2)

Rekaan dan Binaan

ASUS Max (M2) ini hadir dengan rekaan konvensional yang sering dibawa oleh Zenfone sebelum ini termasuk Max Pro M1. Body belakang logam dengan cap diatas dan dibawah plastik, fingerprint reader berbentuk bulat dan kamera kembar yang disusun memanjang.

Cuma ia sedikit berbeza apabila skrin nya ada notch. Malah notch ini agak panjang mirip Pixel 3 XL. Bad news kalau anda rasa notch ini boleh disembunyikan kerana buat masa ini tiada option untuk tujuan ini lagi lagi, kami dah check sampai ke developer options pencarian kami masih gagal. Jadi harapnya ASUS dapat sertakan fungsi pada update yang akan datang.

Selain earpiece speaker dan kamera, bahagian notch ni juga menempatkan LED flash untuk menyambahkan softlight ketika selfie dan LED notification juga ditempatkan disebalik speaker grill.

Abaikan crack kat skrin tu – semuanya berlaku tanpa niat

Melihat pada setiap penjuru skrin, radius rounded corner ni kelihatan agak besar. Kalau dulu mungkin satu masalah tapi disebabkan ianya dah jadi trend pada fon-fon baru ketika ini, kebanyakan developer software telah mengambil kira perkara ini pada software mereka. Kemungkinan untuk membuatkan penggunaan anda terganggu oleh penjuru bulat ini mungkin hampir sifar.

Bab saiz dan ergonomik pula, biasa la expectation untuk fon mid-range berbateri besar ni gedabak sikit saiznya. Saiz Max M2 ni memang besar, saiz skrin saja dah 6.3″, lebar keseluruhan 76mm dan panjang 158mm untuk menempatkan sedikit “dagu” dibawah skrin. Tapi apa yang tak dijangka adalah tebal peranti ini cuma 7.7mm. Walaupun tiada rekod dunia dicatatkan, tapi ia masih antara yang ternipis untuk sebuah smartphone berbateri 4,000 mAh.

Tiada yang luar biasa dari segi rekaan. Satu design biasa, selamat dan konvensional oleh ASUS pada model ini.

Hardware dan Performance

Kita mula dengan skrin. PPI rendah? Kalau diperhatikan betul-betul memang individual pixel jelas kelihatan tapi chill la, 269 ppi masih acceptable apatah lagi untuk mid-range dibawah RM700.

Dalam setting default, warna pada skrin IPS ini lebih kepada kekuningan. Jika tak suka pengguna sentiasa boleh tukar temperature warna kepada yang lebih “sejuk” di setting display. Namun warna sentiasa kelihatan kurang padu. Sunlight visibility dan viewing angle langsung tiada masalah.

Di bahagian bunyi, ASUS memilih untuk menggunakan speaker tunggal 5 magnet dan smart amplifier NXP. Speaker berteknologi ini telah digunakan oleh ASUS sejak ZenFone 3, lebih kurang 3 tahun lalu. Cuma yang kurang pada Max M2 ni, disebabkan ia tak gunakan ZenUI, jadi tiada aplikasi AudioWizard atau apa-apa setting equalizer pada model ini. Pendek kata terima je la bunyi macam mana pun.

Tapi secara ringkasnya speaker ini cukup kuat untuk ringtone, alarm malah smart amplifier yang ada pada M2 ini tidak kurang sedap juga untuk muzik. Rasanya ia dah cukup “smart” untuk adapt pada situasi tanpa perlu user fine tune apa-apa lagi pada equalizer.

Score AnTuTu Benchmark v7 yang berjaya dicatatkan oleh smartphone ini

Bercakap pasal performance, lihat saja score AnTuTu dalam screenshot diatas. Tak banyak mid-range bajet yang mempu mencapai score lebih 100 ribu. Score benchmark ni cuma nak cakap yang Zenfone Max M2 ni bukan calang-calang sebenarnya.

SoC Snapdragon 632 yang digunakan sebenarnya adalah successor kepada Snapdragon 626 dengan peningkatkan sehingga 40% dari segi performance membuatkan ia hampir menyamai performance pada Snapdragon 636 yang ada pada Zenfone 5 dan Redmi Note 6 Pro.

Demi untuk mempromosikan model ini sebagai badget gaming smartphone, game Garena Free Fire sudah tersedia pre-installed malah default wallpaper juga memaparkan gadis-gadis dari Free Fire.

Setting graphic low, confirm game smooth giler

Bermain game ber-graphic tinggi seperti PUBG tidak menjadi masalah bagi smartphone ini. Cuma untuk dapatkan FPS yang konsisten, setting Low harus digunakan. Confirm game akan berjalan dengan cemerlang tanpa frame drop langsung.

Bateri

Screen-on time boleh capai lebih dari 8 jam dalam sekali cas, cukup hebat untuk bateri 4,000 mAh. Kalau anda jenis jarang tengok handphone, Max M2 ni mampu bertahan dua hari tanpa masalah. Malah untuk heavy user sekali pun, power bank boleh saja tinggal dirumah kerana saat anda habiskan hari sibuk anda, Zenfone Max M2 masih lagi cukup “jus” sehingga anda menemui pengecas di bilik tidur anda.

Tapi kalau pasal charging pula, kurang menarik. Dengan charger 10W yang dibekalkan, ia memerlukan masa sehingga 3 jam untuk penuh dari 0%. Sejam pertama ia hanya mampu naik sehingga 50%, jam kedua ia sampai ke 90%, dan ia merangkak lagi satu jam penuh untuk isi sehingga 100%.

Sistem – Stock Android 8.1 Oreo

Ada yang suka ada yang tak. Stock Android bermakna fungsi-fungsi fancy yang ada pada ZenUI tidak ada pada Max M2. Tiada call recording, clone apps, long screenshot dan lain-lain. Walaupun hampir kesemua fungsi-fungsi yang hilang boleh saja dimuat turun melalui apps di Play Store, cuma yang tak best nya apps-apps download ni banyak sangat iklan.

Smartphone ini didatangkan dengan Android 8.1 Oreo, masih belum Pie. Jadi tiada fungsi untuk mengubah dari 3 button navigation keys ke gestures. Malah konfigurasi button-button ini, back di kiri dan recent di kanan tidak boleh diubah. Kalau boleh nak mintak ASUS tambah sikit setting untuk ubah kedudukan button-button ini.

Advantage dari penggunaan stock Android semestinya speed dan stability. Kadang-kala kehadiran fungsi-fungsi tambahan itu memberi beban yang lebih pada sistem, pada smartphone ini seperti dijangka navigasi pada user interface tersangat smooth bagaikan sebuah flagship.

Cuma saya harapkan ASUS akan membawa update Android Pie ke model ini. Memandangkan ia tidak berada dibawah program Android One, ia bergantung pada ASUS sendiri untuk memastikan sama ada pengguna Max M2 akan dapat merasai Pie ataupun tidak.

Kamera

Disebabkan ia stock Android, jadi tiada PixelMaster pada model ini. UI kamera sangat basic. Ia kelihatan seperti menggunapakai platform Snapdragon Camera yang ditambah sedikit seperti fungsi beautification dan AI scene detection. Namun fungsinya masih kurang jika dibandingkan dengan apps kamera lain. Tiada mode slow motion. Juga tiada fungsi watermark yang kini ada hampir pada setiap smartphone.

Pro Mode masih tersedia dimana user “pro” boleh mengubah setting fokus, shutter speed, ISO, exposure, dan white balance. Selain itu juga ada mode HDR, Sports dan Night selain dari mode Auto sebagai default.

Berikut hasil-hasil gambar tangkapan kamera utama Max M2

Menurut spec dari ASUS, kamera ini dilengkapi dengan AI Scene Detection yang boleh mengenal sehingga 13 jenis scene berbeza dan mengubah fine tune setting mengikut scene yang dikenal pasti. Cuma ia tidak memaparkan seperti kebiasaan fon lain yang ada AI, icon scene yang dikenal-pasti. Walau bagaimanapun hasil gambar yang diambil dalam pencahayaan yang baik cukup berkualiti.

Lain pula cerita pada gambar low light. Walaupun aperture sudah f/1.8, Max M2 ini agak struggle jika bergambar dalam gelap.

Kekurangan detail dan noise boleh dikatakan ada dalam setiap gambar low-light yang diambil.

Fungsi bokeh turut tersedia dan hasilnya tidak mengecewakan.

Kamera selfie juga berfungsi dengan cemerlang dalam keadaan cahaya terang namun pada low-light, flash LED softlight sedikit-sebanyak dapat membantu dalam pencahayaan dalam gelap.

Untuk video, Max M2 mampu merakam sehingga resolusi 4k. Tapi fungsi EIS hanya terhad pada resolusi maksimum 1080p. Fungsi ini bertindak cemerlang untuk menjadikan video anda lebih stabil tanpa memerlukan alat tambahan seperti gimbal.

Kesimpulan

Pada bajet yang terhad, memang sukar untuk mendapatkan sebuah fon yang bagus dari semua sudut. Bagi saya sendiri jika anda sedang mencari sebuah smartphone untuk memuaskan nafsu gaming anda, Max M2 perlu diberi perhatian penuh dalam pemilihan anda.

Pada harga cuma RM699, dikuasakan chip Snapdragon 632 ditambah pula dengan RAM 4GB dan dedicated slot untuk micro SD, jadi… why not?

*Special thanks kepada ASUS Malaysia kerana membekalkan kami dengan unit review ini.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of